Tuesday, December 31, 2013

2013

dua jam saja lagi, bermula lah 2014.. kehidupan baru aku, tak tau lah macam mana pahit getir 2014.. aku cuma mampu berdoa semoga ada sinar kebahagiaan untuk aku.. semoga aku tabah mengharungi segalanya, yang aku tau tahun 2014 adalah tahun yang sangat mencabar untuk aku, menduga dan menguji aku tersangat..semoga Tuhan berikan aku kekuatan dan ketabahan..

masa aku taip ni,aku di kampung.. balik kampung sekejap sesudah siap semua kerja-kerja aku.. 


balik kampung tadi pagi.. macam biase, park kereta dekat LCCT. hurmnn berkepuk lagi la duit aku keluar bayar parking nanti. nak buat camne, aku malas nak amik tren dan bas. nak menyusahkan orang pun aku malas, jadi pepandai jela nk idop, nak balik jenguk makbapak..

aku harap sangat moga-moga tahun depan aku boleh elakkan diri dari menyebuk hal orang. cuti sebulan lebih ni, aku boleh je tak bercampur dengan cecikgu, langsung takde aku menyebuk pasal hak cecikgu. dah hampir dua bulan takde sesapa aku contact, harap-harap takde la orang datang nak mengumpat kat aku.. minta-minta berjaya lah aku buat benda ni..

'alaaaa cuti sekolah dekat 2 bulan, takdop pon cakap pasal dia ni, takleh ke kalu terus tak payah aku cakap pasal dia tu lagi?hahaha, malas lah nak campur hal orang lain..' harap2 dapat la aku jawab camgitu.. aminnnn~

Thursday, December 26, 2013

jalan-jalan cari lampu.

25/12
masalah gril sudah selesai. dah siap bayar deposit dekat shino, RM600.

masalah wiring pun selesai. long da tengok rumah, dia tengah siapkan drawing untuk wiring. macam-macam lah  suggestion dia, poin aircond la, door bell la.. aku buat yang perlu je dulu. duit belum jatuh maaaa.. kipas long tolong belikan. petang semalam sempat survey kipas kat jusco. mak aiiii mahainyeeee.. ingat nanti nak pegi sen-Q, usha rega barang-barang letrik lain sekali.

26/12..
kedai lampu...!!! beli tak lagi la,usha-usha pilih-pilih dan kira bajet.. 


kedai ni buka 10.30 am. tadi aku sampai 10.05 am. memula da ada rasa nak lari balik dah. tapi aku sabar kejap, usha kedai jati sebelah. tetibe terminat barang jati ler plak.. cantik cermin dia, tapi tak snap gambar ler plak.. pastu ade meja tepi RM1.. hahahaha kalu betul singgit, aku beli 10 hadiah kat orang lain skali. beli barang lain harga RM1800.00 baru boleh beli meja tu dengan rega singgit. normal price dia RM259 tak salah aku.

jom tengok ape aku jumpa hari ni..

ini untuk dining. memula aku aim yang bulat silver tu la.. balik rumah, rasa macam nak yang kaler hijau tu plak. sebab ruang dining tu kecik je, kalu ijao tu, just nice kate omputih. kalu yang bulat tu, macam perlukan ruang yang besar.

ini untuk tangga.. taktau la kalu aku berubah hati masa nak beli nanti.

perlu ke sebuah chandelier? dunno la.. nak yang kecik comel, tapi tak banyak.. semuanya agak sarat.. RM350, boleh kurang lagi, kata staff kedai tadi. tengok la cmne nanti.







Sunday, December 22, 2013

year end...

shopping time...!!!!






cam poyo je... ngehngehngeh... 

buku juga...!! yang ni banyak sangat ler.. nak patah tangan aku angkat... tapi ini beli dekat BBW je ler.. novels, buku masakan, buku interior, encyclopedia untuk azam, pastu bagi satu hadiah untuk anak kak yanie.. seronok...!!!

takde laaaa.. saat orang lain berseronok berjalan keliling dunia, aku bersengkang mata dok menanda kertas.. so, saje ler nak treat myself, reward myself my hardwork this year, hahaha.. letih kot 8 am - 5 am tetiap hari, semester satu banyak juga la aku kantoi tak abih sampai 5pm. tapi lepas puasa, dah mula rasa sedar pasal dosa pahala aku mula merubah diri sesikit. alhamdulillah, walaipun tak sepenuh nya cukup, tapi sedang ke arah itu.. 

dannnn, untuk itu aku hadiahkan ler diri sndiri semua itu.. tu tak termasuk lagi, iphone 5s, powerbank.. ape lagi? ada la satu dua barang kecik-kecik. alhamdulillah, semoga diberkati Allah..


Friday, December 20, 2013

Pesanan Untuk Diri

satu pembelajaran aku dapat hari ini..

andai kata kita jahat, jangan paksa orang melakukan kejahatan yang sama.. kalu kita tak mampu membantu orang berbuat baik, tak perlulah kita mengajar dia untuk berbuat kejahatan..

andai kata kita dah banyak dosa, tidak perlulah kita mengajak orang lain menambah dosa.. atau dengan kata lain, kalu kita taknak menambahkan pahala jangan kita ajak orang berbuat dosa. dosa kering terutamanya..

andai kata kita susah, jangan kita tarik orang masuk dalam kesusahan kita..kalu orang tak menyusahkan kita, kenapa kita nak susahkan orang.. semua orang nak senang, jadi tak perlulah membuat orang susah.

andai kata kita rindu, tidak perlu dipaksa orang lain untuk merindui kita.. rindu tapi redha lah...

andai kata kita sayang, jangan paksa orang sayangkan kita. biarlah sayang itu lahir dari hati yang suci murni. sayang ni subjektif, ada orang suka tunjuk, ada orang diam-diam je. tapi jangan dipaksa orang menyayangi kita, kelak sayang menjadi benci. 

andai kita banyak hutang, tidak perlulah kita meminjam duit orang lain sehingga tak berduit orang itu kita kerjakan.. kita berhutang sebab takde duit, orang lain takde duit sebab kita yang pakai duit dia.

andai kita banyak duit, tak perlu menunjuk sana sini.. itu bukan harta kita, itu hak Allah, harta orang sekeliling kita, kalu Allah nak tarik, bila-bila masa akan hilang.. bersyukur.. dan berserhana.. bersedekah.. ada ustaz tu cakap, kalu harta itu bukan hak kita, tapi kita tak gunakan ke jalan yang betul, harta itu akan ditarik balik. macam-macam cara untuk Tuhan tarik balik, ustaz tu bagi contoh - rumah masuk pencuri, kereta rosak, anak sakit dll. nauzubillah.

andai kita suka berjanji, kikis lah perbuatan ini. kerja janji ini perlu ditunaikan.. tambah lagi jika kita adalah orang yang selalu lupa dengan janji yang dibuat.. lepas satu, satu janji dibuat, tapi satu hapa pun tak tunai.. lagi teruk kalu janji tu dengan orang yang sama. janji orang ko tak ingat.. janji orang kat ko, pandai plak ko tuntut. haaaa kalu camni punya peel memang hebat... cukuplah janji sesensorang dalam hati..

Ya Allah Ya Tuhan, senangnya untuk aku kumpul calit dibahu kiri ku.. ampuni segala dosa ku Ya Tuhan. berikanlah aku keberkatan. jauhkanlah aku dari sekelian bala, peliharakan kesihatan ku ya Allah.. ya Tuhan jangan ditarik hidayat Mu setelah engkau kurniakan.. tabahkan hatiku dalam meniti hari-hari mendatang. jadikanlah aku manusia yang matang dan tabah.. aminnnn '((((
Friday, December 13, 2013

TQ ios7

assalamualaikum...

kenkadang, bila masa sebuk kita datang, letih juga nak melayan sms atau fon call. kekadang boleh je benda tu taye orang lain, tapiii nak juga tanya kite.. paling menyampah bila dicari waktu nak minta dia tengah susah, hayoooo.. memalam
buta dok sms nak mengumpat bagai, macam takleh hidup kalu tak mengumpat. letih wooo nak membazir kredit untuk melayan orang mengumpat. dan panas telinga nak mendengar orang mengumpat.. ade sesetengah manusia ni tak reti nak hormat privacy orang, nak sms/ call tak tengok dah jam pukul berapa, ikut sedap dia je.. pastu tak reply, merajuk.. erghhhhh...!! 

untuk itu,





sila senyum lebar sekarang...
ngehngehngehhhhh...


dah ada yang kena block dengan aku ler tu.. dah banyak dah nombor aku block, contoh...?? agen insurans, agen tepon, agen rumah, pengetua, sekolah, pk hem.. kuangkuangkuang... gila ape nak bagi sekolah call kita.. nak pengetua call? memang tak laaaa.. 

TQ iOS7.. ini jela yang aku suka dengan ios7.. yang lain, kureng suka.. sebab banyak function iPhone dah nak sama dengan samsung.. erghhh tak suke.. tak suke.. tak sukeeeee.. 




Wednesday, December 11, 2013

tazkirah ustazah shima..

assalamualaikum..

'kalau Tuhan dah taknak kita, Tuhan akan biarkan kita leka dengan dunia. Tuhan akan biarkan kita sebuk kumpul harta, sebuk memasak, sebuk itu ini sehingga kita sembahyang pun terkocoh-kocoh, nak cepat je.. solat jemaah pun tak sempat nak buat..'

nauzubillah...
takut bila aku dengar kata-kata kak shima tadi.. suara siap dia tinggikan, macam nak marah sangat.. taktaulah, tapi gusar rasa hati bila fikirkan ayat-ayat kak shima tadi.. mungkinkah aku salah seorang darinya? itu antara contoh dua keadaan yang dia sebut tadi. kalu difikirkan, mungkin ada juga benda-benda lain yang kite sebuk mengejar.. solat jemaah? tangga masjid pun da lama aku tak pijak. kali terakhir? iaitu masa bulan puasa, buat terawih.. itu pun berapa kali je aku pegi.. hinanya aku disisi Tuhan.. mungkinkah Tuhan da taknak aku? 

seburuk-buruk sifat orang yang selalu mengutuk mengata aku, dah dua kali dia mengerjakan umrah.. aku?? ada aje alasan untuk aku tak pergi umrah. sekarang lagi payah, muhrim.. dah takleh tumpang muhrim.. tapi satu je aku pegang dalam hati, payah macam mana pun, kalu Tuhan da kata aku akan pegi umrah, Tuhan akan permudahkan semuanya.. teruskan berdoa, minta semoga segalanya dipermudahkan.. kalau boleh, biarlah cita-aku iaitu aku nak buat umrah dulu sebelum aku meneruskan aktiviti travel ku yang dah lama aku bersara, dapat lah tercapai satu hari nanti. 

aku bukanlah manusia yang baik, banyak dosa aku dengan Tuhan, tapi aku tak mahu menjadi manusia yang terleka.. aku taknak Tuhan lupakan aku.. aminnnn..


Saturday, December 7, 2013

wordless saturday

Sunday, November 24, 2013

Nov 2013

kenyit mata laju-laju... 



setelah hampir sebulan mencuba dan mencuba lagi.. akhirnya ia menjadi milik ku... 

TQ adik ku.. adik tolong belikan je, sebab kesian kot tengok aku pegi situ pegi sini,tak dapat2.. dari 2/11 aku try nak beli. g mac city kat KL Fest, abih stock... huwaaaa.. taksempat nak beli yang kat ampang.. pastu pegi plak e-curve, abih stock juga.. pagi KLFC lagi, stock takde lagi.. pegi ampang,hurmnn yang ni hampeh.. lastl!!!!! adik belikan kat lowyat.. itu pun orang mark up 100rgt.. adik beli,so dia tau nak cek ori ke tidak, tu aku KOMPIDEN.. tq adik.. duit,kkak bayar nanti k.. heheeee.. da siap tolong pasangkan screen protector. ahhh adik aku, sangat baik... 

ala seronoknye rase 😂😂😂😂

dan ini juga utk bulan ni...




😁😁😁😁

Friday, November 15, 2013

rumah baru - 1

11 - survey curtain. rel. beli mangga dan tombol baru.
12 - grill. ukur curtain
1 - wiring, beli lampu..cuci. cari curtain. & jahit.
2 - kabinet, wardrobe, sofa, bedframe, matress.
3 - start angkat barang.
4 - beli lain2 barang perlu.
5 - fridge, washing machine, whatsoever.
end of may : masuk rumah/doa selamat
1/6 - kerja baru..rumah baru.. hidup baru..

planning ler ni.. waduhhh letih naaa.. bukan kerja senang ni. memang titik peluh aku 100% ni.
Sunday, November 10, 2013

Topaz IV - kronologi

4/10/2011   - Bayar booking...
11/10/2011 - I buat money order..
12/10/2011 - I siapkan form, ambil sign boss, sediakan surat rasmi, slip gaji.
19/10/2011 - Lawyer call.
21/10/2011 - Ambil SNP dari lawyer dan hantar form ke developer..
25/10/2011 - Pn Sharipah submit form I ke Putrajaya
27/10/2011 - Loan approve!!!!
29/10/2011 - I setelkan deposit..
10/2012 - Isi form TNB dan SYABAS
6/2013 - Dapat surat late payment interest (last payment ke developer)
lambat baca surat LBS, 3/7/2013 baru lah ke Putrajaya minta kerajaan keluarkan surat minta kurangkan interest.
yang ni sakit, dapat PIC yang kerja slooooowwwww, 23/8/2103 baru la settle pasal interest. tapi memang jauh beza lah amoun dia.

PIC sengal, 1/11/2013 I call LBS baru tau rupanya dah lama boleh amik kunci. cuti itu ini, deepavali bagai, then
6/11/2013 baru I sign document untuk rebate dan wat appoinment untuk amik kunci.

13/11/2103 I akan amik kunci rumah..
now nak kene merajin kan diri follow up pasal rebate..

masuk rumah? lambat lagi la.. biar ramai dulu orang duduk sana.. takut dan cuak juga sensorang kot. 

dalam sedih ade gembira.. dalam gembira ada sedih.. air mata tak henti lagi menitik... 
Tuesday, October 29, 2013

jangan jadi macam saya..

jagalah kesihatan dari awal.. jangan sampai jadi macam saya.. sedih..

entahla, malam ni emo sikit.. sedih rase, nitik airmataku mengenang nasib diri yang sudah tidak normal lagi.. nak buat macam mana, hidup sensorang kat sini, makan ikut suka.. fast food, makan berlemak, berminyak, bergaram itu la favourite ku dulu..

now? tak lagi.. hidup penuh pantang larang.. makan pun da tak makan makanan luar. semua masak sendiri kat rumah. paling sedap sekarang aku beli, subway. itu jela.. 

hari-hari rebus dan bakar. tapi tu pn limited bukan semua boleh makan.. ikan je.. sedih kan..? 

tadi buka insta, tengok orang post gambar KFC.. sebelum ni, takde la sedih sangat.. bile tengok gambar kfc tadi, jatuh air mata aku.. sebulan da kot aku pantang ayam.. last aku makan ayam masa raya haji. sebelum tu da tak makan ayam da.. mcd?? hurmnn takde.. chicken wings..? hurmnn favourite aku dulu ni, takde lagi da.. bukan kate kepak ayam, tulang kepak ayam pun da lama aku tak tengok..

orang lain sebaya aku tak kena pun kolesterol camgini.. dorang menyusukan anak.. aku? anak ape, anak tekak ade la.. takpelah, kalu da ini suratan hidup aku, redha kan jela.. dugaan Tuhan untuk aku, sebab Tuhan tau aku mampu hadapi semua ni..

bihun sup resepi rekaan aku.. penuh sayur..

bekal g sekolah tadi..

dinner petang semalam..

salmon, hanyir sebab salah guna pes..
Tuesday, October 15, 2013

eidul-adha


Memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan.
Petanda berakhirnya musimHaji ke Makkah.

* info dari wiki

pagi raya dulu, 


pagi raya sekarang,


dengan tak mandi, takde dah kerja lain, main games jela semua... sebenarnya, anak buah aku semua ni main games dari pagi sampai malam. tak de rayanye pun dorang..

Monday, October 14, 2013

jangan takut...

saya ada masalah lack of self-confidence.. sangat bermasalah.. terlalu merendah diri. mungkin sebab kekurangan diri, almaklumlah takde raut wajah yang cantik, ketinggian pun kurang, kedebaban yang lebih, kerja pun tak semenarik orang lain.. bukan tak puas hati dengan kurniaan Tuhan tapi rasa rendah diri..

rasa rendah diri ni menyebabkan keyakinan diri jatuh merundum, tergolek-golek.. 

tapi tadi saya belajar sesuatu. iaitu tak kita di mana kita,kalau itu hak kita, pertahankan..

begini ceritanya..
hari ni mau balik kampung. balik raya. flight 9.25 am. amik tren dari setiawangsa, 6.30 am kot. ini kelakar sangat, saya berlariiiii panjat tangga. hahaha sebab, baru separuh tangga teen da sampai, takut lambat ku lari gagah berani.. sempatttt..

amik bas KL Sentral-LCCT. masa atas bas ni lah kejadian itu terjadi. berapa banyak jadi daaaaa.. lelaki depan saya jatuh kan seat sandar kerusi dia sampai saya langsung takleh nak gerak. waduhhh.. tengah saya teraba-raba saya cari tempat nak sandarkan kerusi saya terdengar satu suara 'encik, angkat kerusi sikit' rupanya pompuan sebelah tegur lelaki depan, rupanya dia pun tak selesa. perempuan itu lebih muda dari saya, of cos.. kurus dan kecik je, tapi dia berani. sedangkan saya? 

dari situ saya dapat, tak kira dimana kita, siapa pun yang kita kene berdepan, pertahankan hak kita, andainya kita betul.. pertahankan dengan cara berhemah maksud saya, tak de pun perempuan tu tinggikan suara ke ape, elok je dia cakap..

untuk diri saya, ada masa orang boleh tolong kita, tapi ada masa kita kene tolong diri kita sendiri. jangan takut untuk berkata benar/suara kan pendapat kalu kita dipihak yang benar.

Tuesday, September 24, 2013

sebak rasa dada

iPhone ku rosak.. takde lah rosak ape, tapi besar lah juga sebab restart button dah tak function. home button da lama nyawa-nyawa ikan. hurmnnn

rasa hilang satu nyawa, tambah-tambah iPhone 5S tak sampai mesia lagi.. dengar plak maybe rega cecah 3k.. hurmnn kalu sampai 3k, tak beli la kot.. cukup dengan 5C jela kali camgitu..



back up nya apa lagi, fon pink lama ni la..

takut jadi pape kat iPhone ku.. kena la ada ni, siap beli simkad baru lagi.


Saturday, August 17, 2013

resepi lontong kuah lodeh... murah, ringkas, sedap...

paling penting, nasi impit kena lar...

bahan
cili padi
garam
santan
fucuk dan suhun
sayur - boleh guna sengkuang, kacang panjang, kobis, carrot
tempe
serai
udang
telur

step 1
goreng tempe. tahap garing bergantung kesukaan masing-masing.
rebus telur juga.

step 2
tumbuk cili padi dan garam singgah lumat. tumis sehingga garing sesikit.

step 3
masukkan santan. (aku guna satu peket santan serbuk dicampur dengan air sesiap)
masukkan fucuk, serai, udang, sayur-sayuran..
tempe masuk lelambat sikit.. biarkan mendidih.. masukkan pati ayam knorr sikit, untuk menambah kesedapan.
last skali masukkan suhun. jangan lama sangat sebab suhun akan kembang

hidangkan bersama telur rebus dan sambal tumis(jika ada).



Friday, August 9, 2013

raya....!!!

balik kampung...
5/8.. 4pagi gerak dari kl..
pecaya tak? kene percaya sebab memang berlaku... heheee




tengok lah betapa kosongnya jalan.. hahaha betul dan tepat tarikh yang ku pilih..

dikampung..

day 1.
cantikkan langit kelantan? biru je mata memandang..


buka puasa with familia.. lauk beli pasar je. awal-awal mak aku dah tanya xmo pegi pasar ke, dia penat... 


day 2


kakak aku dah balik satu family.. tak banyak la kena beli, pergi bazar beli kuih dengan air jela..mak aku masak lauk cambiasa..

day 3
misi juadah raya bermula.. ketupat, mak aku buat.. aku tak amik port..

kakak aku masak rendang..


aku masak agar-agar pandan yang 65% je berjaya.. hahaha.. 

azam dengan bekas-bekas kuih raya.. dia rajin nak mengisi, bagi dia selesaikan la..


petang sebelum puasa, bebudak kecik main bola.. walaupun penat berpuasa.. haishhh

8/8
Selamat Hari Raya..














Tuesday, July 30, 2013

azam is calling..

hello....
helllllooooo...!
suma balik bile?
5hb
ho, tu jah nok tanyo..
oooo aloh.

abih.... anak buah aku ni,



muka sedih, sebab aku dah nak balik kl masa ni..heheeehe



Sunday, July 28, 2013

soping raya!!!!

wowwweeee dah nak raya.. iaitu dah nak balik kampung..

soping raya? 

mak, kakak aku belikan. tapi ingat nak belikan dia selipar raya la.
untuk ayah, sudah selesai.. baju melayu selai, kain pelikat 2 lai, baju kemeja, slack dan selipar raya..
azam : seluar  dan kemeja.
pendy : seluar + tshirt stylo
mok jea : blouse
shikin : bju kurung batik + kebaya (beli tahun lepas)
adik : kain pelikat
ninie n ika : baju kurung sorang satu

biskut raya pun dah siap. kek lapis juga. kerepek dapat isnin esok. 

hurmn, sekarang tunggu nak balik kampung je. balik seminggu lebih sikit kot. lame aku cuti. naik lepas raya nak setelkan duit rumah. bila lah kunci BSP nak dapat....?
Monday, July 22, 2013

cerita nan sakit

sakit.. tak sehat..

demam..
pening.. 
muntah..

tak tau kenapa, tetiba je dapat sakit di bulan posa ni. 

hari pertama sakit, ahad.. klinik banyak yang tutup. malas nak pikir, aku beli je panadol kat pasar mini bawah. 4 biji = RM 1.60. dek sakit melanda abih semua ubat tu aku makan. siap bangun sahur, makan nasi dan ikan goreng beserta kicap, pastu bancuh milo panas, aku telan 2 biji panadol.

hari kedua.. MC. tak pegi kerja. bila sakit dihari kerja, bersabar lah mencari klinik. kalu ahad gagah lagi panadol je. ini, isnin terpaksa lah klinik juga, mc kene amik.

8.40 am kot, aku sampai idzham setiawangsa. wowwwweeeee.....!!!! penuhhhh manusia. tanya staff klinik, berapa orang lagi? ada lah 20 lebih. adussss.. takleh jadinya..

nak tak nak keluar jela balik klinik. drive pegi pakatan medik. aku sampai 8.55 am, staff tengah lap pintu cermin. 'doctor tak masuk lagi, paling lambat dia sampai pukul 10..' 'boleh tunggu kat dalam?' 'tak boleh, tengah buat cleaning' tengok kat pintu, tulis buka 9am. ape cerita ni, 65minit lagi ni.. hurmnnnn.. macam ni la doctor, bila saya perlukan doctor. tau la saya tak belajar medic dulu. taulah saya datang klinik ni bukan nak ubat sangat, tapi nak amik mc je yang lebih.. sampai hati doctor...
klinik ni bagus, doctor dia consult kita memang tip top.. takde cek cincai-cincai bagai, walaupun klinik swasta.

takkan nak tunggu tercongok. patah balik pergi klinik famili setiawangsa, depan padang tu je, area sekinchan. alhamdulillah, orang tak ramai..

tapi.....!!!!!!

> dah berapa kali berak-berak hari ni?

terkejut aku dengan soalan doc dia..

> saya tak cirit doctor, saya pening..

entah laaaaa.. 

> tak demam ni.. suhu normal.. BP pun ok.. muka pun tak pucat..
> kenapa jadi pening ye doc?
> tak cukup air..
> macam mana nak hilangkan pening? yang bila kita tunduk, terus pusing-pusing (agak bodi soalan aku disitu)
> minum banyak air.. lagi makan makanan kaya mineral dan vitamin.

dalam hati aku, ape contoh makanan kaya mineral vitamin ni, aku tak tau, bagi lah contoh doctor oiii.. segan nak taye, kang dia jawab ntah pape lagi..

abih kat situ jela.. satni buka pose, nak makan ubat.. huhhhh dia bagi aku 2 papan panadol, iaitu bersamaan RM6.40 kalu beli kat kedai bawah. makan jela, tak usah banyak komplen...!!!

disebabkan sakit, nak cepat sehat aku makan besor buka pose hari ni.muahahaha... besarrrrr yang sangat, tak sangka perut aku cmgini..


dah macam orang kebulur da lauk aku.. ikan goreng, ikan faveret aku tu. ikan ni lagi sedap dari che bawal yang mahai kemain tu.. 

sotong goreng kunyit, 2 ekor je pun.. 

gulai udang, 6 ekor je aku masak, 3 utk buka 3 lagi untuk sahur nanti.. 

sayur taugeh campur sawi digoreng bersama-sama..

air oren peel fresh, tuang saja dari kotak nya..

dan pastinya nasi putih... 

selamat berpuasa saudara saudari..

Thursday, July 18, 2013

korang senang lah.. aku ni susah tau tak..

tajuk emosi kan?

yelah... asal masuk bulan puasa, dah terpikir-pikir cara nak balik kampung. sebab da lambat, tiket flight da mahal. tiket bas? selalu aku dengar, setiap tahun sentiasa je abis.. 

nak tumpang kakak? alaaaa leceh la.. naik tebal dah muka aku, saban tahun tumpang kereta dorang. lagi satu, anak buah aku da besar-besar, kesian dorang nak kene berhimpit dengan aku. lagipun, bila umur meningkat rasa tak selesa dengan abang ipar, walaupun abg ipar tapi tetap bukan abang kandung batas-batas kena jaga. lagi satu, dulu tak kesah pasal aurat tapi sekarang dah makin tua takkan la asyik nak menambah dosa buka aurat depan ipar. pepaham la perjalanan 7-8 jam mesti tertanggal juga tudung.. 

ini yang buat aku geram dengan negeri sendiri. orang lain, perempuan pun senang je drive sensorang balik kampung. kenapa???? sebab ada highway, jalan raya yang elok dan selamat.. ini aku??? adoiiiii dah 14tahun dok KL, highway tak nampak-nampak batang hidung. geram tau tak.. 

orang lain balik kampung, takde nak pikir sgt pasal duit.  setakat minyak RM50 dan  duit tol. ini aku, bayar flight memahal. flight daaaa RM300. tak campur lagi untuk bagi mak ayah, tapi yang aku ni da 6 kali ganda orang lain..

Sunday, July 14, 2013

bersederhana sudah mencukupi..

tajuk kemain muslimah hoccay... teeheee.. 

takdelah, memang pun puasa kali ni aku agak bersederhana, makan tak pernah lagi lah kot membazir. apa itu membazar sampai membazir.. belum ku buat.

ada laaaa sebab nya..
1. sebab badan dah kalah tong besar.
2. memikirkan beban hutang rumah yang ku tanggung. mana lah makcik tak haru, july ni kot dia nak start potong gaji aku.. raya kottttt.... hukhukhuk...

makanan iftar gwa iaitu :-



air - bancuh sendiri, buat ais sendiri lagi..
sayur - menu wajib, harap-harap boleh kuruih. 
ikan goreng - siang sendiri, pastu letak garam letak kunyit. goreng garing, perghhhh sedappp..
kari daging - leftover semalam. beli kat bazar bawah ni. 

alhamdulillah, semua habis dimakan. takde membazir pape.. 

syukur Ya Allah diatas rezeki kurniaan Mu ini. 
Wednesday, July 10, 2013

nasib anak rantau

jauh merantau, mencari rezeki demi sesuap nasi. mengumpul harta, membantu ibu dan ayah. sendirian di perantauan susah senang, aku sendiri yang uruskan.

seawal umur 16 tahun, takde lagi dah puasa sebulan bersama keluarga untuk aku. puasa di kampung dengan mak ayah hanya di penghujung Ramadhan, dapatlah sehari dua. aku membesar, belajar susah payah hidup sendirian di rantau. sahur?? memang boleh dikira dengan jari. buka puasa, pandai-pandailah aku cari sesuap makanan. 16 yo dah belajar makan dalam tray. masa tu sedih memang sedih. tapi sekarang, alhamdulillah itu lah pelajaran paling besar untuk aku. kita di sini susah, orang Islam di negara lain tak terhingga susah mereka.

semalam, borak dengan kak zila. sebelum tu, dia keluar dengan mak dia..

'akak g mana dengan mak?' 
'g giant'
'giant?nape..?'
'mak akak ajak beli barang dapur.'
'oooo nak puasa da..'
'ha'a dia nk masak rendang untuk malam ni, tapi serai da abih..' 
'lauk sahur..?'
'ha'a..'
'hurmnn kite minum air kosong je kak'

bila tengok orang lain, sambut puasa beria lauk pauk mak masak. tapi tak untuk aku, cukup sekadar seteguk air kosong, janji pahala sahur. bila dengar, rasa macam nak menitik airmata. kekawan lain, balik je semua dah tersedia. senang kan? tapi tak bagi aku. melilau cari Pasar Ramadhan yang senang parking, yang tak ramai sangat orang. beli apa yang nampak menarik, nak memilih sangat aku pun tak reti. makan pun based on ape yang mata berkenan. 

bukan senang hidup sendirian di rantau. namun ini jalan yang aku kena pilih.redha.. janji aku tak menyusahkan mak ayah. walaupun gaji tak seberapa, yang penting setiap hujung bulan aku tak lupa duit belanja mak ayah. susah senang, ini lah hidup aku... :))))

ayam - RM6

sayur goreng - RM2. nasi, masak lerrr..
Tuesday, July 2, 2013

3H2M di Taman Negara Kuala Tahan

28 Jun
gerak dari KL pukul 11.30 pagi dengan bas.. sampai Kuala Tahan dalam 4pm camtu. check in, mandi.. malam tu ada Jungle Night Walk.. 

dari chalet, kami naik bot ke belah hutan Taman Negara. botnya tak sampai pun seminit. berkumpul di mutiara, sementara tunggu untuk selesaikan permit. kemudian masuk untuk menonton video. sebelum sempat nonton video, kami ditontonkan dengan sesuatu....!!!!








iaitu








mr. tapir... tahan tak salah nama dia.

meredah hutan lah aku malam tu. jumpa macam-macam hidupan liar. paling best, nampak rusa. serangga macam-macam jenis lah nampak. paling best, bila tour guide minta kami semua padamkan torch light, gelappppppp gulita, dengar bunyi macam-macam. gelap sangat, aku pandang atas tengok bintang. cantiknya langit malam. best ke? heeeee takotttttttt..l







peluh menitik-nitik.. balik malam, mandi, tidur.. 

29 Jun
wow....!!! satu hari ni penuh aktiviti.

pagi.. 
1. naik canopy walk tertinggi di Asia Tenggara. tapi dapat naik sikit je, sebab under maintenance. itu pun, dah berdebar sakan aku. jari kene gigit lebah, nasib baik tak pape.




2. naik bukit teresek. fuhhhhh, mengigil kaki aku.. tinggi tu tak la, tapi penat.. bukit je pun, bukan gunung. heheeeee...



bukit teresek.. cantikkan?


canopy walk..

petang..
1. bot rapid shooting. fuhhhhh besttttt gile.. naik bot, pastu pakat2 lawan simbah air dengan bot lain. tour guide sedap je tahan air gune dayung sampan, melimpah-limpah air kene badan.. budak sekolah amik kesempatan, bot cikgu asyik kena simbah air je. 
2. melawat perkampungan orang asli - sayu tengok nasib orang asli. sangat primitif.. 





3. mandi sungai.. mestilah aku tak mandi, tengok je orang lain berendam..


malam..
aktiviti bebas. amik kesempatan beli survenior. kedai ade dua je, barang pun limited. dapat la keychain, fridge magnet dengan baju selai..

29 Jun
hari terakhir di sini..

sebelum balik KL kami dibawa ke Lubuk Simpon. dari chalet, amik bot.. sampai sana, jungle trekking ke Lubuk Simpon. mandi sungai lagi sekali. aku tak mandi pun.

gerak dari Kuala Tahan balik KL 2.30 pm. 8pm sampai.

 
;