Wednesday, December 11, 2013

tazkirah ustazah shima..

assalamualaikum..

'kalau Tuhan dah taknak kita, Tuhan akan biarkan kita leka dengan dunia. Tuhan akan biarkan kita sebuk kumpul harta, sebuk memasak, sebuk itu ini sehingga kita sembahyang pun terkocoh-kocoh, nak cepat je.. solat jemaah pun tak sempat nak buat..'

nauzubillah...
takut bila aku dengar kata-kata kak shima tadi.. suara siap dia tinggikan, macam nak marah sangat.. taktaulah, tapi gusar rasa hati bila fikirkan ayat-ayat kak shima tadi.. mungkinkah aku salah seorang darinya? itu antara contoh dua keadaan yang dia sebut tadi. kalu difikirkan, mungkin ada juga benda-benda lain yang kite sebuk mengejar.. solat jemaah? tangga masjid pun da lama aku tak pijak. kali terakhir? iaitu masa bulan puasa, buat terawih.. itu pun berapa kali je aku pegi.. hinanya aku disisi Tuhan.. mungkinkah Tuhan da taknak aku? 

seburuk-buruk sifat orang yang selalu mengutuk mengata aku, dah dua kali dia mengerjakan umrah.. aku?? ada aje alasan untuk aku tak pergi umrah. sekarang lagi payah, muhrim.. dah takleh tumpang muhrim.. tapi satu je aku pegang dalam hati, payah macam mana pun, kalu Tuhan da kata aku akan pegi umrah, Tuhan akan permudahkan semuanya.. teruskan berdoa, minta semoga segalanya dipermudahkan.. kalau boleh, biarlah cita-aku iaitu aku nak buat umrah dulu sebelum aku meneruskan aktiviti travel ku yang dah lama aku bersara, dapat lah tercapai satu hari nanti. 

aku bukanlah manusia yang baik, banyak dosa aku dengan Tuhan, tapi aku tak mahu menjadi manusia yang terleka.. aku taknak Tuhan lupakan aku.. aminnnn..


 
;