yelah... asal masuk bulan puasa, dah terpikir-pikir cara nak balik kampung. sebab da lambat, tiket flight da mahal. tiket bas? selalu aku dengar, setiap tahun sentiasa je abis..
nak tumpang kakak? alaaaa leceh la.. naik tebal dah muka aku, saban tahun tumpang kereta dorang. lagi satu, anak buah aku da besar-besar, kesian dorang nak kene berhimpit dengan aku. lagipun, bila umur meningkat rasa tak selesa dengan abang ipar, walaupun abg ipar tapi tetap bukan abang kandung batas-batas kena jaga. lagi satu, dulu tak kesah pasal aurat tapi sekarang dah makin tua takkan la asyik nak menambah dosa buka aurat depan ipar. pepaham la perjalanan 7-8 jam mesti tertanggal juga tudung..
ini yang buat aku geram dengan negeri sendiri. orang lain, perempuan pun senang je drive sensorang balik kampung. kenapa???? sebab ada highway, jalan raya yang elok dan selamat.. ini aku??? adoiiiii dah 14tahun dok KL, highway tak nampak-nampak batang hidung. geram tau tak..
orang lain balik kampung, takde nak pikir sgt pasal duit. setakat minyak RM50 dan duit tol. ini aku, bayar flight memahal. flight daaaa RM300. tak campur lagi untuk bagi mak ayah, tapi yang aku ni da 6 kali ganda orang lain..

