rasa rendah diri ni menyebabkan keyakinan diri jatuh merundum, tergolek-golek..
tapi tadi saya belajar sesuatu. iaitu tak kita di mana kita,kalau itu hak kita, pertahankan..
begini ceritanya..
hari ni mau balik kampung. balik raya. flight 9.25 am. amik tren dari setiawangsa, 6.30 am kot. ini kelakar sangat, saya berlariiiii panjat tangga. hahaha sebab, baru separuh tangga teen da sampai, takut lambat ku lari gagah berani.. sempatttt..
amik bas KL Sentral-LCCT. masa atas bas ni lah kejadian itu terjadi. berapa banyak jadi daaaaa.. lelaki depan saya jatuh kan seat sandar kerusi dia sampai saya langsung takleh nak gerak. waduhhh.. tengah saya teraba-raba saya cari tempat nak sandarkan kerusi saya terdengar satu suara 'encik, angkat kerusi sikit' rupanya pompuan sebelah tegur lelaki depan, rupanya dia pun tak selesa. perempuan itu lebih muda dari saya, of cos.. kurus dan kecik je, tapi dia berani. sedangkan saya?
dari situ saya dapat, tak kira dimana kita, siapa pun yang kita kene berdepan, pertahankan hak kita, andainya kita betul.. pertahankan dengan cara berhemah maksud saya, tak de pun perempuan tu tinggikan suara ke ape, elok je dia cakap..
untuk diri saya, ada masa orang boleh tolong kita, tapi ada masa kita kene tolong diri kita sendiri. jangan takut untuk berkata benar/suara kan pendapat kalu kita dipihak yang benar.


