Tuesday, July 2, 2013

3H2M di Taman Negara Kuala Tahan

28 Jun
gerak dari KL pukul 11.30 pagi dengan bas.. sampai Kuala Tahan dalam 4pm camtu. check in, mandi.. malam tu ada Jungle Night Walk.. 

dari chalet, kami naik bot ke belah hutan Taman Negara. botnya tak sampai pun seminit. berkumpul di mutiara, sementara tunggu untuk selesaikan permit. kemudian masuk untuk menonton video. sebelum sempat nonton video, kami ditontonkan dengan sesuatu....!!!!








iaitu








mr. tapir... tahan tak salah nama dia.

meredah hutan lah aku malam tu. jumpa macam-macam hidupan liar. paling best, nampak rusa. serangga macam-macam jenis lah nampak. paling best, bila tour guide minta kami semua padamkan torch light, gelappppppp gulita, dengar bunyi macam-macam. gelap sangat, aku pandang atas tengok bintang. cantiknya langit malam. best ke? heeeee takotttttttt..l







peluh menitik-nitik.. balik malam, mandi, tidur.. 

29 Jun
wow....!!! satu hari ni penuh aktiviti.

pagi.. 
1. naik canopy walk tertinggi di Asia Tenggara. tapi dapat naik sikit je, sebab under maintenance. itu pun, dah berdebar sakan aku. jari kene gigit lebah, nasib baik tak pape.




2. naik bukit teresek. fuhhhhh, mengigil kaki aku.. tinggi tu tak la, tapi penat.. bukit je pun, bukan gunung. heheeeee...



bukit teresek.. cantikkan?


canopy walk..

petang..
1. bot rapid shooting. fuhhhhh besttttt gile.. naik bot, pastu pakat2 lawan simbah air dengan bot lain. tour guide sedap je tahan air gune dayung sampan, melimpah-limpah air kene badan.. budak sekolah amik kesempatan, bot cikgu asyik kena simbah air je. 
2. melawat perkampungan orang asli - sayu tengok nasib orang asli. sangat primitif.. 





3. mandi sungai.. mestilah aku tak mandi, tengok je orang lain berendam..


malam..
aktiviti bebas. amik kesempatan beli survenior. kedai ade dua je, barang pun limited. dapat la keychain, fridge magnet dengan baju selai..

29 Jun
hari terakhir di sini..

sebelum balik KL kami dibawa ke Lubuk Simpon. dari chalet, amik bot.. sampai sana, jungle trekking ke Lubuk Simpon. mandi sungai lagi sekali. aku tak mandi pun.

gerak dari Kuala Tahan balik KL 2.30 pm. 8pm sampai.

 
;