assalamualaikum...
hari penuh khabar gembira.. alhamdulillah..
hujung tahun 2011 lagi da beli rumah. masa itu lah pertama kalinya aku tengok rumah ni.. itu pun show house. lepas tu pernah lah pergi sekali dengan ninie and naim, sesat tak tau kemana. bila dah sesat tu pepaham jela aku, memang takde nya lah aku nak pergi lagi saujana putra ni.
orang keep on tanya-tanya pasal progress rumah.. yang aku plak, takleh nak cerita yang betul-betul lah sebab aku tak pernah pegi tengok..
last week kot kena tanya apsal rumah bsp lagi.. then aku janji nak pergi tengok..
2 Jan 2013..
hari ini dalam sejarah.. akhirnya selepas setahun lebih, aku tabahkan hati aku hayun kaki masik kereta, start enjin then heading to bandar saujana putra.
SESAT?? sebahagian dari hidup aku.. sesat tak tau kemana.. aku dan sesat dah sinonim dah, memang tak boleh nak dipisahkan.. ape de hal.. chill je..
memula sebelum pergi memang aku dah google maps ler juga. pelik laaa sangat jauh nak mati.. aku dah biasa pergi umah kak ina kat Putra Heights dulu, ikut MRR2 la.. malas nak ikut maps, aku gamble je la.. masuk mrr2, lalu tol awan besar, tol ldp.. bila sampai depan summit, aku dah hilang idea, tak tau langsung da jalan, tak ingat apa benda dah.. masuk sana sini, last aku sampai bukit jalil.. mana nak cari Putrajaya ni.. entah camne terjumpa maju expressway.. alhamdulillah, lega yang amat.. tup tap tup tap, da sampai area UNITEN. dah masuk Putrajaya, akhirnya nampak ler signboard BANDAR SAUJANA PUTRA.. teeheeee lega yang amat. sebenarnya awal tahun lepas aku dah pernah nampak la signboard BSP masa aku pegi putrajaya.. cuma hari ni rase nak tunjuk hebat kat diri sendiri nak guna jalan putra heights.. hebat ler sangat..
alhamdulillah.. sampai juga depan umah aku, walaupun siap pergi customer service sebelum tu.. aku sesat dalam BSP ler, apa lagi.. nasib baik aku tak tanya indon yang tengah jaga lorinkluar masuk, ekekeke..
tadaaaaaaa!!!!!
Tol SKVE Saujana Putra.
tak perasan pun berapa ringgit, main potong je kat smart tag tu.
construction sana sini di BSP, kawasan baru nak naik.
ok la, da ade rumah kedai yang boleh la dikata banyak. ada speedmart juga.
rumah saya!!!! kecil je. tapi saya tak kesah, janji ade tempat untuk berteduh dari panas dan hujan. tempat untuk berehat. alhamdulillah...
lagi satu gambar rumah. excited ni..
TOL keluar masuk BSP.
memang lah agak jauh dari tempat kerja. bukan agak lagi dah, tapi memang jauh. tak kesahlah, nak beli dalam KL memang tak mampu. yang ini pun ok lah, janji ade tempat berteduh. alhamdulillah. tak sabar da nak tunggu rumah siap. nak buat kitchen cabinet. nak beli perabut. yang paling penting, nak rasa duduk rumah sendiri.








