Saturday, January 12, 2013

burger lewat malam

semalam kan jumaat. selalu kerja 7.30-12.30. tapi sekarang dah berubah. pagi 8am-1pm. pastu sambung lagi 3-5pm. bila masa kerja dah pepelik camgini, makan minum pun agak kucar kacir jugak la. kekadang satu hari cuma makan biskut empat segi dengan air milo. kadang bawa bekal sedap sikit.

malam tadi lapar sangat rase. tak tau nak makan ape. nak pegi ukperdana, beli burger bakar. baru sikit, hurmnnn jemm ler plak. kang ade perhimpunan anwar ibrahim. adoyaiiiiii aku dah la lapar, nak berhimpun ler plak. kalu time jem camgini anwar ibrahim datang hulur nasi bungkus best juga.

patah balik pergi seksyen lima wangsa maju.nak beli burger kat tepi ambank jela kot, rawang burger bakar. lapar sangat sampai salah masuk jalan daaaaa. pusing sikit alih-alih ternampak 'kaw-kaw burger bakar' lorhhh boleh la ni, takpernah try lagi ni.

waduhhhh rejeki gwa, takde orang pun. tak payah queue. staff dia bagi no 15. aku tanya 'sekarang nombor berapa?' 'sekarang 14'

alhamdulillah... orang agaknye ramai ke RBB sebab gerai dia tepi jalan besar, semua orang nampak. yang kaw-kaw ni dia tersorok, kat tepi/hujung kedai taufiq char kuey teow. senaang je nak cari. dari Rawang Burger Bakar tu, terus je. sampai hujung pastu masuk kiri, mata keep tengok on your left, nanti akan nampak gerai burger, dia takde banner besar pun. stall biase je.

harga?? boleh la, tapi mahal ler juga, nama pun burger bakar.

 
;