Saturday, January 5, 2013

mesej?? massage?? sms?

assalamualaikum..

hi awak..

saya seronok tengok awak. nak senyum dan sengih rase. seronok saya tengok awak taip mesej. ye lah, awak kan hari-hari mengadap komouter, kerja pun dengan komputer, menaip sentiasa kot, itu yang bila awak taip mesej kat saya, lajuuuu je.. tuptaptuptap.. tingtongtingtong.. tengok-tengok fuyoooo dah 12 mesej masuk tanpa sempat saya balas.kelebihan awak kan, mampu menaip dengan cukup laju. dalam tak sampai lima saat kadang-kadang berpuluh mesej awak masuk. hebat awak. caya lah awak. bangga saya dengan awak.

yelah, saya bukan spesies yang rajin bermesej-mesej ni. tepon banyak guna untuk main games dengan surf internet je. kadang-kadang tengah main games, abih mati games saya sebab mesej awak asek masuk je. tengah google pasal pape, nak bace pun susah kejap-kejap mesej awak terkeluar kat screen. dalam satu saat ade kot lima mesej awak. kalu saya ber online dengan kawan pun sama. baru nak taip/share cite dengan kawan saya, dumdamdumdam mesej awak keluar. kesian saya kan, baru nak ngadu masalah dengan kawan dah masuk mesej awak cerita pasal masalah awak. hurmnn takpe lah, masalah awak lagi penting dari masalah saya, awak cerita lah k. saya boleh bace je, nak respons pape tu saya tak pandai sangat. takpelah, selagi tangan awak boleh taip, awak taip lah.. saya sabar membaca.

seronok kan masing-masing dah ber smartphone sekarang. senang, nak msg nak call semua free. ambil data plan, bayar jela data tu tetiap bulan tanpa perlu nak fikir kos untuk call dan sms lagi. internet sahaja.

tapi malangnya bila benda free ni, kita akan cenderung untuk guna tanpa batasan. bak kata orang dedulo main belasah je. tanpa memikirkan perasaan pihak yang lagi satu. pada aku, memanglah bagus saling berhubung sesama kawan, boleh mengeratkan silaturahim. itu amat bagus. tapi kenalah mengambil kira masa bile nak berhubung tu. tak boleh lah nak ikut sedap je. tambah lagi kalu anda adalah jenis yang suka bercerita dan inginkan respons. tapi kalu anda jenis tak kesah walaupun orang tak respons, takde hal la. kalu sampai berpuluh mesej awak masuk, rasenya orang sana tak sempat nak balas semua. awak bayangkan kalau orang sana tengah sembahyang ke tengah masak ke. paling-paling kalu orang yang awak dok mesej tu tengah qadahajat pastu dia terbawak masuk tepon dalam toilet sebab terpaksa. ataupun dia tengah qadahajat dalam public toilet. kuangkuangkuang, mesti dia malu, kan awak? yelah, satu jamban tu dengar tepon dia duk tungtangtungtang.

pendekata, tak payah la melebih-lebih sangat. kadang-kadang bila melebih ni orang jadi menyampah. ini pendapat aku jela, mungkin betul mungkin tak. tepuk dada tanya selera. nak nuat pape fikirkan pasal orang lain juga. kadang-kadang sayu juga hati bila yelah dulu kite sanggup beli apps sebab nak senang berhubung dengan kawan, sedara, kaum kerabat, adik kkak tersayang. tapi sekarang kita terpaksa bagitau 'jangan msg kat situ lagi la, sebab si A tu kalu nampak kita online je mesti nanti mesej dia berdrama kat situ.' kesian kan, hak asasi kemanusiaan ku telah dicabul. i'm so sad.. :((( awak, jangan lah kaco saya sangat ye, saya penat..
 
;