Saturday, December 29, 2012

usah kedekut tak bertempat

'mak nak makan ape?'
'ayah nak kkak masakkan pape?'
'adik nak kkak belikan pape?'

inilah soalan yang biasa kita tanya dengan saudara kita apabila mereka tak sihat.. tak kiralah sakit biasa-biasa atau luar biasa..

sedangkan tika itu nak telan makanan pun mereka dah tak lalu.. dah terlantar sakit, barulah 'ayah aku dah taknak makan' jangan sampai kita menyesal apabila mereka dah takde esok.. masa tu, menangis airmata darah pun dah tak guna.. masa tu tengok kedai makanan kegemaran sedara kita pun meleleh airmata.. selagi ada masa, selagi ade peluang, bahagiakan mereka semampu kita..

apa salahnya sekali sekala belanja keluarga makan sesedap.. bukannya yang hotel lima bintang, KFC pun tak pe, janji niat ikhlas.. niat nak bahagiakan keluarga kita.. keluarga kita juga, susah senang dorang yang dengan kita. bukan harga yang menjadi ukuran, tapi bagaimana cara kita menunjukkan rasa sayang kita kepada mereka. nasi lemak harga seringgit pun memadai. tapi kalu kita memang berkemampuan tak salah pun sekali sekala belanja yang mahal sikit.

bukan duit anda yang mereka mahu, tapi secebis kasih, sayang, ingatan yang mereka impikan.

sayangi lah mereka. tunjukkan sayang kita pada mereka. kalau betul mereka penting untuk kita, ucapkanlah kata sayang sebelum semuanya terlambat. kalau malu nak ucapkan, tunjukkanlah dengan cara perbuatan kita.



 
;