Monday, April 2, 2012

tiada gunung yang terlalu tinggi...

mengambil bait-bait lagu juara vokal bukan sekadar rupa, aku kaitkan dengan pasang surut kehidupan...

dalam dunia ini, tidak pernah ada halangan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.. pokok pangkalnya kemahuan.. bila mahu, mesti ada cara.. bila tak mahu mesti ada alasan..kalau orang sms awak tak mau reply, itu hak awak.. takde sapa nak marah.. tapi kalu tiba satu saat orang dah tak nak sms awak, awak jangan lah nak kecik hati or pape... ok? semua itu suratan dalam kehidupan... semua benda ada pasang surutnya.. kesabaran juga ada batasnya.. awak kenalah redha, setiap yang orang lakukan pasti ada sebab masing-masing.. kita takde hak untuk mempertikaikan ape yang orang lakukan.. awak ada alasan awak, jadinya mereka pun ada alasan mereka.. mereka itu bukan lah tukang karut yang rajin nak mengarang sms untuk awak baca tanpa awak balas.. mereka tidak dibayar gaji untuk menghiburkan awak.. kalu awak malas nak reply sms dorang, dorang pun akan malas nak taip sms untuk awak... deal.. rite??? :)))) Y

begitu juga dalam hubungan persahabatan, sungguhpun ada banyak cara berkomunikasi tanpa sempadan, pokok pangkalnya kemahuan dan usaha kita.. terpulang lah pada diri masing-masing.. tepuk dada tanya selera.. sungguhpun banyak, tapi jika tidak diguna ke arah kebaikan, akan putus jua ikatan persahabatan tersebut..

setiap yang kita lakukan pasti ade sebab dan alasannya.. tapi, usah dicipta pelbagai alasan disaat kaki dihayun pergi.. ketika ada kesempatan dan ruang, ketika peluang diberikan pergunakanlah sebaik mungkin.. kerana tatkala kaki melangkah pergi, kata pujukan dan alasan tidak lagi penting.. kerana hatinya sudah tertutup untuk meneruskan silaturahim dengan anda.. bukan ingin memutuskan tali silaturahim, tapi mungkin tiada lebih baik dari ada.. kalu ada itu adalah suatu yang menyusahkan... :)))))

berkawan masa susah dan senang.. bukan berkawan hanya untuk menyusahkan kawan..


 
;