Tuesday, April 3, 2012

bank pemurah...

seratus dua puluh dua nama dipanggil ustaz.. lenguh tangan pengetua menghulurkan wang zakat kepada pelajar sekolah kami yang layak.. terima kasih bank rakyat kerana membantu meringankan beban anak murid kami.. setiap pelajar diberikan RM100 untuk tujuan ke arah kebaikan..

kalaulah semua orang berharta dalam malaysia ini pemurah sebegini, pasti tiadalah pengemis dalam negara kita yang tercinta ini..

sayu hati melihat tangan-tangan tak berdosa menerima wang saku.. ceria muka mereka, bersinar mata.. alhamdulillah diatas rezeki yang diterima... harapan ku semoga mereka tidak menggunakannya ke arah yang sia-sia.. aminnnn~
 
;