Wednesday, April 4, 2012

jadi cikgu lah senang..

ini lah ayat sesiapa akan guna.. dari zaman berzaman.. dari ayah aku, abang aku, kawan-kawan aku, aku murid aku.. pendekata semua orang cakap jadi cikgu senang..

come on lah beb, zaman da berubah.. meh aku list ape aku buat dari isnin sampai hari ni..

senin..

  • sampai sekolah, dah dapat surat meting..
  • naik lab, da mula selak buku buat slaid nak ngajar..
  • 9.30 am kelas bermula.. cek latihan, sapa tak buat rotan.. potpetpotpet mengajar, menengok dorang buat latihan.. pantang lepa, mula lah ada yang nak mengular.. pandang belah kiri, belah kanan borak.. pandang belah kanan, belah kiri borak.. sabar je haku.. itu tak masuk lagi melayan asyraff yang asyik nak bercakappppp je..nak tukar perkara rumus pun terkial-kial semua..
  • 11.40 am kelas lain plak masuk.. yang ni ok lah sikit.. tapi A baru terkial-kial buat soalan no 2, si B dah tanya no 5.. pening mak tengah-tengah..
  • abih kelas 12.30, perut kosong minta diisi.. belom makan dari pagi.. setitik air pun belum masuk.. ape lagi, ku hayun kaki masuk kereta, start enjon g cari kedai makan..
  • 2.30 mula bergerak ke bilik gerakan.. mesyuarat hari anugerah... potpetpotpet 4 lebih baru abih..

selasa..

  • sebab semalam hujan, perhimpunan rasmi bawa ke hari ni..
  • abih perhimpunan, datang ketua panitia minta haku tolong dia tampal kertas kat notice board.. tengah-tengah bergadoh dengan budak PPU yang menolong menampal budak 4 ELEN dah sampai makmal..
  • lari naik makmal.. kelas bermula.. cek latihan sorang-sorang.. yang tak buat rotan lagi.. abih sains bersambung lagi pjk dua masa.. bawa budak pjk siapkan balik noticeboard tadi.. nasib baik tak banyak..
  • abih pjk.. ade selang dua masa.. siapkan slaid dan tulis soalan siap-siap kat whiteboard..
  • kelas 5ELEN plak.. adoiiiii~ datang dengan muka gangster.. buku teks tak bawak.. buku tulis takde.. latihan siap.. nota xsiap.. hangin lagi la haku saty badannnnn~ membebel.. buat latihan dengan dorang.. yang siap kt buku teks je, yang penat haku salin kat whiteboard tadi, langsung tak sempat nak guna..
  • belom abih 5ELEN, PPU dah sampai.. dorang nak letak beg je,bersiap nak pegi sembahyang zuhur dan lepas tu kelas sains..
  • ELEN dah kuar.. rehat seminit dua..
  • dah abih semayang, hujan tengah lebat.. datang lah ppu sekerat sekerat.. jam da 2.30, yang ade da bising.. 'cikgu cepat lah ngajar... blablablabbla...' yang tak sampai banyak lagi...
  • bila PPU dah penuh, cek latihan lagi.. rotan lagi.. bebel lagi.. marah lagi.. mana tak naik darah, latihan tak buat, tapi menipu cakap buat.. lepas tu, buku tu tutup-tutup dengan tangan.. camne haku nak cek???pastu 'saya dah siap, nape cikgu nak rotan?' nak je aku cakap kurang hajar kat budak ni.. adeiiii~


baru dua hari.. saya dah tak larat untuk tulis ada jadi hari ni... kerja kami senang, tapi client kami susah nak handle.. kalu kami lalai, kerja sekolah tak dibuat.. kalu kami pentingkan diri, pegi makan time kelas, mereka tak belajar...itu tak masuk lagi yang asyik menayang muka tak tentu masa minta air.. cikguuuu, ade air tak?? ade makanan tak?? tak bagi, kesian.. bila bagi makin naik lemak, tetiap hari nak datang minta.. ingat aku ni tukang masak dan bancuh air untuk dorang ape.. lagi best, mula-mula dua orang.. esok, esok, esok dan esoknya dia angkut satu kelas datang minta air... adeiiiiiii, kenapa jadi beginiiiii~

pokok pangkalnya takde keje senang dalam dunia ni.. yang kita boleh lakukan, bersyukur.. ini semua ketentuan Tuhan.. perbetulkan niat kita, niat nak mengajar/kerja kerana Allah, insya Allah setiap ape yang kita lakikan pasti diberi ganjaran setimpal dari NYA..
 
;