Thursday, August 14, 2014

segala baru

tempat baru.. kawan baru.. persekitaran baru.. semuanya baru untuk ku sekarang.. perlahan-lahan aku cuba masuk ke dunia mereka..

diawalnya semacam ada penolakan untuk aku.. bercakap sensorang pun ade. aku tanya pape takde sapa nak jawab.. memulanya memang agak down. balik rumah, sensorang. kerja, sensorang.. aku hairan, kenapa dorang semacam tak sukakan aku. 

tapi kini..???
i met a friend..



cikgu ganti je dia ni.. baru lagi, 23 tahun kot umor.. tak sangka boleh cepat mesra dengan aku.. ada la lagi 2,3 orang yang semacam datang rapat dengan ku.. kaunselor siap datang kat meja semata nak berborak. kalau kat surau, dia dah pakai tudung ready nak kluar, aku masuk je, buka tudung balik. seronok borak dengan dia ni.. kelakar sangat.. now meting pun dia duduk sama dengan aku.. seronok la da dapat kawan berborak, takde la sunyi sangat rasa.. dah ramai yang datang sebelah borak, gelak-gelak semua.. 

entahlah, sebab dah biase kan gelak-gelak semua, bila aku datang ke dunia yang serius, 24 jam tunduk buat kerja, memang aku payah nak terima lah. kerja, kerja lah.. tapi tak salah pun gelak tawa, borak sesama colleague, asyik nak serius, payah lah.. aku tak tau lah, siapa ubah siapa.. aku ubah dorang atau dorang ubah aku. biarkan la, yang penting 2-3% suasana aku dah ada.. cukuplah, daripada takde langsung..

kerja, macam biase je, tetap dengan peel ku yang selama ni.. setakat ni takde kerja apa pun, sebab orang baru kan.. cuma ade la satu dua orang yang mendajalkan ku.. pastu ade plak spesies yang tak tau apehal kedekut yang amat. nak pinjam buku pun berkira bukan main. padahal buku library je pun. sabar jela..

semoga Tuhan sentiasa memberkati hidup kita semua.. Ya Allah Ya Tuhan, berikanlah yang terbaik untuk kami semua.. bantulah kami membuat keputusan yang tepat Ya Allah.. jauhkanlah kami dari mereka-mereka yang memudaratkan hidup kami.. aminnnn


 
;