18/8
hari pertama bertugas. cuak juga. lepas tu cecikgu plak gile membuli. nasib baik team aku semua sporting. awal aku sampai sekolah. minta itu ini kat pentadbir, wat menyakitkan hati. semua kena p tanya orang lain. dah satu hal nak ulang alik masuk opis.
tugas pertama, siapkan jadual bertugas team. last khamis aku da siapkan. hari ni nak g letak bersama dengan jadual duty pagi. bersemangat ni nak letak, sebab tulisan cam lawa je.. hukhukhukhuk aku tak cukup tinggi nak masuk kertas kat kotaknya....!!!!! malunya aku.. nasib baik ade ketua bidang sains, aku belasah je. 'cikgu boleh tolong saya?' 'oooo tinggi sangat ye tempat dia?' 'tak la, saya yang pendek..' dengan penuh kesedihan, aku terpaksa mengaku kekurangan diri. aku tak sangka aku sependek ini.. nangisssss...!!
tugas kedua, kene kumpulkan budak F2 dengan F1 kat dewan dan kantin. ya Allah..... memang tak makan saman punya budak, 'duduk dalam barisan, ikut kelas masing-masing!!!!' bile aku tengok dia, dia tengok aku balik dengan penuh keselambaan, tapi badan langsung tak bergerak. sungguh mengujiku budak-budak ini. ada yang lari keluar kantin takmo berkumpul. ada yang beduyun-duyun masuk tandas. sapa suruh korang buat tandas tepi kantin sangat..!
tugas ketiga...!!!!!!!! perhimpunan rasmi.. dammit, pengetua nak join assembly. adoiiiii.. selama aku kat sini, tak pernah kot dia tunggu assembly petang. kenapakah time aku duty juga ko tunggu nak masuk perhimpunan petang...!!!! dah la aku kene berucap. ecehhhh berucap ok. berucap wak lu la sangat.. hahahahaaa amik akuuuu.. panik..!!! terkejut..!!! terkujat..!!! aku kene kenalkan semua cikgu bertugas dan kene suraikan budak. suraikan tu maksudnya bile abih perhimpunan cikgu akan panggil class by class bangun untuk beratur dan berjalan p pagar.. nak g mana..?? nak balik rumah daaaa.. aku panggil la, 'peralihan A dan B sila bangun....' aku tengok takde sorang budak bangun.. haaaa sudah.. slow sangat ke suara aku..?? 'peralihan A dan B sila bangun..!!!' aku jerit kuat sikit.. arghhhhhhhhh aku tengok ramai budak berlari pegi tepi.. tak kira kelas da.. ya Allah matilah akuuuu.. berterabur.. aku terkejut.. aku da tak tau nak buat ape. mati la.. mati la aku.. penyelia petang bangun, 'awak nak buat ape sekarang ni?' 'nak suraikan budak' 'haaa suraikan la..' 'tapi budak da lari da cikgu' 'potpetpotpet..' aku tak tau dia cakap ape.. aku tak dengar sepatah haram.. arghhhh sudah la aku.. ape aku nak buat ni.. '(((((((( panik2.. aku pusing pandang kerusi cecikgu.. dah separuh kosong..!!!!! haaaa kenapa semua orang da balik.. '((((( aku bukan sedih sebab orang da tinggalkan aku kat assembly, tapi aku sedih sebab orang da balik lagi awal dari aku.. 'semua pelajar sila beratur dalam barisan, jangan berlari' hahahahaa astaghfirullahazim...!!!! pertama kali aku jumpa perhimpunan sekolah yang takde penutup. aku ended majlis tu cmgitu je. buat bodo, dan blah lari masuk kereta..
5 hari lagi bakal menyeksa hidup ku..

