berbudi apakah sangat..?
tadaaaaa...!!!!!
apakah itu..?? blurrrr.. ada plastik kuning.. itu ialah tanah baja..
hehoheho pokok ku.. setelah lebih sebulan, baruuuuu aku beli tanah.. nak pindah masuk pasu cantik sikit. besen besar tu hasil rembatan dari tempat kerja lama..
ini adalah keadaan sebelum pergi kerja.
ini pula, selepas balik kerja..seronokkkkk.. berdiri sudah pokok ku..
ni pokok-pokok boleh dimakan.. ada serai, pandan, mint dan cili. pokok cili tu yang paling aku riso. asalnya ada 2 pokok, satu da selamat, tinggal lagi 1. entah bile aku boleh tuai hasil.
mint pun makin lama maki kecik daun-daun dia. harap-harap dia mampu bertahan untuk kembali segar bugar.
tadaaaaaa..!!! ni pula hasil dari pokok bawang yang aku tanam.
sebenarnya dah selamat da pokok ni. dah patah. pastu da jatuh menyembah bumi. aku da tukar ganti dengan pokok daun sup petang tadi..
nak tanam macam-macam lagi tapi taktau lah bila. planning memang banyak.. nak tanam kacang panjang, nak belit2 kat pagar.. pastu tomato.. pokok basil, pokok parsley.. pokok kacang peas.. pokok mulberi.. pokok hydreageas.. kunyit.. lengkuas.. dan pokok mangga.
tunggu poket penuh sikit, nak beli anak pokok.. pastu nak beli batu2 nak tabur kat depan tu, takmo ade rumput tumbuh.. tak sabar nak realisasikan semua ini.. hurmnnn chaiyok2 kkak..!!!







