Tuesday, August 19, 2014

duty..

kena bertugas di tempat baru. seminggu plak tu...!! enam hari '(((((( sebab sabtu sekolah.. jadi ketua, sebab amik tugas cikgu yg aku ganti..

18/8
hari pertama bertugas. cuak juga. lepas tu cecikgu plak gile membuli. nasib baik team aku semua sporting. awal aku sampai sekolah. minta itu ini kat pentadbir, wat menyakitkan hati. semua kena p tanya orang lain. dah satu hal nak ulang alik masuk opis.

tugas pertama, siapkan jadual bertugas team. last khamis aku da siapkan. hari ni nak g letak bersama dengan jadual duty pagi. bersemangat ni nak letak, sebab tulisan cam lawa je.. hukhukhukhuk aku tak cukup tinggi nak masuk kertas kat kotaknya....!!!!! malunya aku.. nasib baik ade ketua bidang sains, aku belasah je. 'cikgu boleh tolong saya?' 'oooo tinggi sangat ye tempat dia?' 'tak la, saya yang pendek..' dengan penuh kesedihan, aku terpaksa mengaku kekurangan diri. aku tak sangka aku sependek ini.. nangisssss...!! 

tugas kedua, kene kumpulkan budak F2 dengan F1 kat dewan dan kantin. ya Allah..... memang tak makan saman punya budak, 'duduk dalam barisan, ikut kelas masing-masing!!!!' bile aku tengok dia, dia tengok aku balik dengan penuh keselambaan, tapi badan langsung tak bergerak. sungguh mengujiku budak-budak ini. ada yang lari keluar kantin takmo berkumpul. ada yang beduyun-duyun masuk tandas. sapa suruh korang buat tandas tepi kantin sangat..!

tugas ketiga...!!!!!!!! perhimpunan rasmi.. dammit, pengetua nak join assembly. adoiiiii.. selama aku kat sini, tak pernah kot dia tunggu assembly petang. kenapakah time aku duty juga ko tunggu nak masuk perhimpunan petang...!!!! dah la aku kene berucap. ecehhhh berucap ok. berucap wak lu la sangat.. hahahahaaa amik akuuuu.. panik..!!! terkejut..!!! terkujat..!!! aku kene kenalkan semua cikgu bertugas dan kene suraikan budak. suraikan tu maksudnya bile abih perhimpunan cikgu akan panggil class by class bangun untuk beratur dan berjalan p pagar.. nak g mana..?? nak balik rumah daaaa.. aku panggil la, 'peralihan A dan B sila bangun....' aku tengok takde sorang budak bangun.. haaaa sudah.. slow sangat ke suara aku..?? 'peralihan A dan B sila bangun..!!!' aku jerit kuat sikit.. arghhhhhhhhh aku tengok ramai budak berlari pegi tepi.. tak kira kelas da.. ya Allah matilah akuuuu.. berterabur.. aku terkejut.. aku da tak tau nak buat ape. mati la.. mati la aku.. penyelia petang bangun, 'awak nak buat ape sekarang ni?' 'nak suraikan  budak' 'haaa suraikan la..' 'tapi budak da lari da cikgu' 'potpetpotpet..' aku tak tau dia cakap ape.. aku tak dengar sepatah haram.. arghhhh sudah la aku.. ape aku nak buat ni.. '(((((((( panik2.. aku pusing pandang kerusi cecikgu.. dah separuh kosong..!!!!! haaaa kenapa semua orang da balik.. '((((( aku bukan sedih sebab orang da tinggalkan aku kat assembly, tapi aku sedih sebab orang da balik lagi awal dari aku.. 'semua pelajar sila beratur dalam barisan, jangan berlari' hahahahaa astaghfirullahazim...!!!! pertama kali aku jumpa perhimpunan sekolah yang takde penutup. aku ended majlis tu cmgitu je. buat bodo, dan blah lari masuk kereta.. 

5 hari lagi bakal menyeksa hidup ku..



Thursday, August 14, 2014

berbudi pada tanah..

berbudi..???? pada tanah..???!!! cehhhh poyo melebih.. 

berbudi apakah sangat..? 

tadaaaaa...!!!!!



apakah itu..?? blurrrr.. ada plastik kuning.. itu ialah tanah baja..



hehoheho pokok ku.. setelah lebih sebulan, baruuuuu aku beli tanah.. nak pindah masuk pasu cantik sikit. besen besar tu hasil rembatan dari tempat kerja lama..




ini adalah keadaan sebelum pergi kerja.




ini pula, selepas balik kerja..seronokkkkk.. berdiri sudah pokok ku..


ni pokok-pokok boleh dimakan.. ada serai, pandan, mint dan cili. pokok cili tu yang paling aku riso. asalnya ada 2 pokok, satu da selamat, tinggal lagi 1. entah bile aku boleh tuai hasil.
mint pun makin lama maki kecik daun-daun dia. harap-harap dia mampu bertahan untuk kembali segar bugar.



tadaaaaaa..!!! ni pula hasil dari pokok bawang yang aku tanam.
sebenarnya dah selamat da pokok ni. dah patah. pastu da jatuh menyembah bumi. aku da tukar ganti dengan pokok daun sup petang tadi..


nak tanam macam-macam lagi tapi taktau lah bila. planning memang banyak.. nak tanam kacang panjang, nak belit2 kat pagar.. pastu tomato.. pokok basil, pokok parsley.. pokok kacang peas.. pokok mulberi.. pokok hydreageas.. kunyit.. lengkuas.. dan pokok mangga.

tunggu poket penuh sikit, nak beli anak pokok.. pastu nak beli batu2 nak tabur kat depan tu, takmo ade rumput tumbuh.. tak sabar nak realisasikan semua ini.. hurmnnn chaiyok2 kkak..!!!




segala baru

tempat baru.. kawan baru.. persekitaran baru.. semuanya baru untuk ku sekarang.. perlahan-lahan aku cuba masuk ke dunia mereka..

diawalnya semacam ada penolakan untuk aku.. bercakap sensorang pun ade. aku tanya pape takde sapa nak jawab.. memulanya memang agak down. balik rumah, sensorang. kerja, sensorang.. aku hairan, kenapa dorang semacam tak sukakan aku. 

tapi kini..???
i met a friend..



cikgu ganti je dia ni.. baru lagi, 23 tahun kot umor.. tak sangka boleh cepat mesra dengan aku.. ada la lagi 2,3 orang yang semacam datang rapat dengan ku.. kaunselor siap datang kat meja semata nak berborak. kalau kat surau, dia dah pakai tudung ready nak kluar, aku masuk je, buka tudung balik. seronok borak dengan dia ni.. kelakar sangat.. now meting pun dia duduk sama dengan aku.. seronok la da dapat kawan berborak, takde la sunyi sangat rasa.. dah ramai yang datang sebelah borak, gelak-gelak semua.. 

entahlah, sebab dah biase kan gelak-gelak semua, bila aku datang ke dunia yang serius, 24 jam tunduk buat kerja, memang aku payah nak terima lah. kerja, kerja lah.. tapi tak salah pun gelak tawa, borak sesama colleague, asyik nak serius, payah lah.. aku tak tau lah, siapa ubah siapa.. aku ubah dorang atau dorang ubah aku. biarkan la, yang penting 2-3% suasana aku dah ada.. cukuplah, daripada takde langsung..

kerja, macam biase je, tetap dengan peel ku yang selama ni.. setakat ni takde kerja apa pun, sebab orang baru kan.. cuma ade la satu dua orang yang mendajalkan ku.. pastu ade plak spesies yang tak tau apehal kedekut yang amat. nak pinjam buku pun berkira bukan main. padahal buku library je pun. sabar jela..

semoga Tuhan sentiasa memberkati hidup kita semua.. Ya Allah Ya Tuhan, berikanlah yang terbaik untuk kami semua.. bantulah kami membuat keputusan yang tepat Ya Allah.. jauhkanlah kami dari mereka-mereka yang memudaratkan hidup kami.. aminnnn


 
;