Saturday, January 12, 2013

Hulu Langat.

wedding.

suka pergi wedding. sebab makanan dia sedap. logik ke? boleh la. susahkan nak dapat makanan kenduri. beli kat kedai tak sesedap yang makan kat majlis kahwin.

awal gile aku keluar pegi wedding tadi. memula berat dah hati bila fikir perhimpunan anwar ibrahim tu. mau tak kecut, jem kalu sampai 2,3 tak larat aku. tapi fikir balik, tak cube tak tau kan. aku belasah jela pegi.

dalam kepala dah plan da, sebab aku kene amik colleague kat melawati. dia tumpang. aku plan kalu keluar melawati dah jem teruk, nanti patah jela balik masuk ikut kampung pasir ulu kelang tu. so takde hal.

alhamdulillah, jalan ok je. yang paling best aku sampai tempat kenduri, dewan pun belom siap. upsss nampak sangat membohong. dewan da siap, tapi majlis start 12. aku sampai dalam 11.25am tak salah. mak, kakak dam pengantin nya skali kat rumah dorang lagi. hayoooo.. hahahaa.. lepak jela borak-borak dalam kereta dulu dengan kawan. ngumpat seround dua, ape salahnya.. teeheeeeee..

makanan dia best sangat. simple tapi sedap. paling aku suka lauk daging dan ayam panggang dia. sayur nangka dia pun best. dalca aku tak makan sangat. serabut banyak sangat benda dalam satu periuk ni.

tak sempat jumpa pengantin, sudah makan terus balik. nasib baik sempat jumpa orang yang menjemput.

paling best bunga telur dia, mengamit kenangan silam yang amat. mau tak mengamit jiwa, ni lah benda yang ku jual dulu. orang p kerja, kami p bungkus biskut bantal. gigih mencari sesuap rezeki.

burger lewat malam

semalam kan jumaat. selalu kerja 7.30-12.30. tapi sekarang dah berubah. pagi 8am-1pm. pastu sambung lagi 3-5pm. bila masa kerja dah pepelik camgini, makan minum pun agak kucar kacir jugak la. kekadang satu hari cuma makan biskut empat segi dengan air milo. kadang bawa bekal sedap sikit.

malam tadi lapar sangat rase. tak tau nak makan ape. nak pegi ukperdana, beli burger bakar. baru sikit, hurmnnn jemm ler plak. kang ade perhimpunan anwar ibrahim. adoyaiiiiii aku dah la lapar, nak berhimpun ler plak. kalu time jem camgini anwar ibrahim datang hulur nasi bungkus best juga.

patah balik pergi seksyen lima wangsa maju.nak beli burger kat tepi ambank jela kot, rawang burger bakar. lapar sangat sampai salah masuk jalan daaaaa. pusing sikit alih-alih ternampak 'kaw-kaw burger bakar' lorhhh boleh la ni, takpernah try lagi ni.

waduhhhh rejeki gwa, takde orang pun. tak payah queue. staff dia bagi no 15. aku tanya 'sekarang nombor berapa?' 'sekarang 14'

alhamdulillah... orang agaknye ramai ke RBB sebab gerai dia tepi jalan besar, semua orang nampak. yang kaw-kaw ni dia tersorok, kat tepi/hujung kedai taufiq char kuey teow. senaang je nak cari. dari Rawang Burger Bakar tu, terus je. sampai hujung pastu masuk kiri, mata keep tengok on your left, nanti akan nampak gerai burger, dia takde banner besar pun. stall biase je.

harga?? boleh la, tapi mahal ler juga, nama pun burger bakar.

Friday, January 11, 2013

good news

how's work?
penat.. banyak sangat kerja, dari isnin pegi subang meting.. TAPI seronok, suka kerja yang tengah buat sekarang..
asyik makan je kat sini. pergi meting makan, kadang contractor belanja, tak pun boss belanja. mama cakap adik dah gain weight..

alhamdulillah.. tak perlu penjelasan panjang lebar lagi asalkan happy dam seronok dengan apa yang dia buat. dapat colleague yang baik. boss pun ok. walaupun gaji drop sikit, tapi takpelah. ada benda yang lagi penting dari duit. alhamdulillah lah, walaupun company melayu yang tak besar mana, hidup yang lebih teratur di situ.
Monday, January 7, 2013

oohhhh tidakkkk!!!

makan!!! hobi ku.. hari ni hari pertama masuk kerja. semangat aku masak petang semalam untuk bekal minggu ni. aku bawak bekal la, spageti bolognaise dan tuna sandwich. hebat dah tu rase.

aku lupa, sebenarnya aku ade order durian crepe dengan sorang colleague ni. bertambahlaaaa makanan aku. sedap ke durian crepe? hurmnn bukan faveret aku kot. muak..

banyaknya aku makan hari ni...

memula makan nasi kerabu sebungkus. boss belanja. ape lagi, rezeki takkan nak tolak kot.

ohhhhh perutku.. bertabah lah kamu ye.. im sory perut..



Sunday, January 6, 2013

adam ghazali

tanggal 7/1/2000 adam lahir. masa tu suma masih kat johor. masa ni suma baru sebulan start kerja kat marrybrown. seronoknya rasa ada anak buah lahir masa raya puasa.

susahnya suma nak beli tiket bas. masa tu suma baru kerja, gaji pun tak masuk lagi. alhamdulillah, dekat nak raya gaji pertama suma masuk. seronok yang amat masa tu.

naik bas, terus pergi larkin beli tiket bas nak balik. nak balik raya, nak balik tengok adam. tiket balik kelantan dah abis. terpaksa la singgah KL dulu. teruja nak balik kampung tengok adam. masa tu adam nama pun takde lagi.

muka adam petak empat segi. jauh beza dengan sekarang. now, u grow up as a cute little boy. eh silap, dah remaja pun adam sekarang.

suma teman ayah register surat beranak adam. suma nak suruh letak fithri. tapi umi adam takmo. takpelah.. ADAM pun dah ok sangat..

namo ore adam buke adae.. bagus, kecik lagi dah tegas..

bila bawa pergi kenduri, semua orang ingat adam baby girl. sebab putih melepak dan muka cute gile. chinese looks.

tahniah dari suma 5A in UPSR. ada juga yang ikut jejak suma. ecehhh nak tompang sebakul.

suma doakan yang terbaik untuk adam. jadi anak yang baik. cucu yang mendengar kata. anak buah yang sporting. jangan lupa sembahyang. jangan buat perangai tak senonoh.

happy birthday adam.



Saturday, January 5, 2013

mesej?? massage?? sms?

assalamualaikum..

hi awak..

saya seronok tengok awak. nak senyum dan sengih rase. seronok saya tengok awak taip mesej. ye lah, awak kan hari-hari mengadap komouter, kerja pun dengan komputer, menaip sentiasa kot, itu yang bila awak taip mesej kat saya, lajuuuu je.. tuptaptuptap.. tingtongtingtong.. tengok-tengok fuyoooo dah 12 mesej masuk tanpa sempat saya balas.kelebihan awak kan, mampu menaip dengan cukup laju. dalam tak sampai lima saat kadang-kadang berpuluh mesej awak masuk. hebat awak. caya lah awak. bangga saya dengan awak.

yelah, saya bukan spesies yang rajin bermesej-mesej ni. tepon banyak guna untuk main games dengan surf internet je. kadang-kadang tengah main games, abih mati games saya sebab mesej awak asek masuk je. tengah google pasal pape, nak bace pun susah kejap-kejap mesej awak terkeluar kat screen. dalam satu saat ade kot lima mesej awak. kalu saya ber online dengan kawan pun sama. baru nak taip/share cite dengan kawan saya, dumdamdumdam mesej awak keluar. kesian saya kan, baru nak ngadu masalah dengan kawan dah masuk mesej awak cerita pasal masalah awak. hurmnn takpe lah, masalah awak lagi penting dari masalah saya, awak cerita lah k. saya boleh bace je, nak respons pape tu saya tak pandai sangat. takpelah, selagi tangan awak boleh taip, awak taip lah.. saya sabar membaca.

seronok kan masing-masing dah ber smartphone sekarang. senang, nak msg nak call semua free. ambil data plan, bayar jela data tu tetiap bulan tanpa perlu nak fikir kos untuk call dan sms lagi. internet sahaja.

tapi malangnya bila benda free ni, kita akan cenderung untuk guna tanpa batasan. bak kata orang dedulo main belasah je. tanpa memikirkan perasaan pihak yang lagi satu. pada aku, memanglah bagus saling berhubung sesama kawan, boleh mengeratkan silaturahim. itu amat bagus. tapi kenalah mengambil kira masa bile nak berhubung tu. tak boleh lah nak ikut sedap je. tambah lagi kalu anda adalah jenis yang suka bercerita dan inginkan respons. tapi kalu anda jenis tak kesah walaupun orang tak respons, takde hal la. kalu sampai berpuluh mesej awak masuk, rasenya orang sana tak sempat nak balas semua. awak bayangkan kalau orang sana tengah sembahyang ke tengah masak ke. paling-paling kalu orang yang awak dok mesej tu tengah qadahajat pastu dia terbawak masuk tepon dalam toilet sebab terpaksa. ataupun dia tengah qadahajat dalam public toilet. kuangkuangkuang, mesti dia malu, kan awak? yelah, satu jamban tu dengar tepon dia duk tungtangtungtang.

pendekata, tak payah la melebih-lebih sangat. kadang-kadang bila melebih ni orang jadi menyampah. ini pendapat aku jela, mungkin betul mungkin tak. tepuk dada tanya selera. nak nuat pape fikirkan pasal orang lain juga. kadang-kadang sayu juga hati bila yelah dulu kite sanggup beli apps sebab nak senang berhubung dengan kawan, sedara, kaum kerabat, adik kkak tersayang. tapi sekarang kita terpaksa bagitau 'jangan msg kat situ lagi la, sebab si A tu kalu nampak kita online je mesti nanti mesej dia berdrama kat situ.' kesian kan, hak asasi kemanusiaan ku telah dicabul. i'm so sad.. :((( awak, jangan lah kaco saya sangat ye, saya penat..
Wednesday, January 2, 2013

Jan 2 : Bandar Saujana Putra, here i come...

assalamualaikum...

hari penuh khabar gembira.. alhamdulillah..

hujung tahun 2011 lagi da beli rumah. masa itu lah pertama kalinya aku tengok rumah ni.. itu pun show house. lepas tu pernah lah pergi sekali dengan ninie and naim, sesat tak tau kemana. bila dah sesat tu pepaham jela aku, memang takde nya lah aku nak pergi lagi saujana putra ni.

orang keep on tanya-tanya pasal progress rumah.. yang aku plak, takleh nak cerita yang betul-betul lah sebab aku tak pernah pegi tengok..

last week kot kena tanya apsal rumah bsp lagi.. then aku janji nak pergi tengok..

2 Jan 2013..
hari ini dalam sejarah.. akhirnya selepas setahun lebih, aku tabahkan hati aku hayun kaki masik kereta, start enjin then heading to bandar saujana putra.

SESAT?? sebahagian dari hidup aku.. sesat tak tau kemana.. aku dan sesat dah sinonim dah, memang tak boleh nak dipisahkan.. ape de hal.. chill je..

memula sebelum pergi memang aku dah google maps ler juga. pelik laaa sangat jauh nak mati.. aku dah biasa pergi umah kak ina kat Putra Heights dulu, ikut MRR2 la.. malas nak ikut maps, aku gamble je la.. masuk mrr2, lalu tol awan besar, tol ldp.. bila sampai depan summit, aku dah hilang idea, tak tau langsung da jalan, tak ingat apa benda dah.. masuk sana sini, last aku sampai bukit jalil.. mana nak cari Putrajaya ni.. entah camne terjumpa maju expressway.. alhamdulillah, lega yang amat.. tup tap tup tap, da sampai area UNITEN. dah masuk Putrajaya, akhirnya nampak ler signboard BANDAR SAUJANA PUTRA.. teeheeee lega yang amat. sebenarnya awal tahun lepas aku dah pernah nampak la signboard BSP masa aku pegi putrajaya.. cuma hari ni rase nak tunjuk hebat kat diri sendiri nak guna jalan putra heights.. hebat ler sangat..

alhamdulillah.. sampai juga depan umah aku, walaupun siap pergi customer service sebelum tu.. aku sesat dalam BSP ler, apa lagi.. nasib baik aku tak tanya indon yang tengah jaga lorinkluar masuk, ekekeke..

tadaaaaaaa!!!!!




Tol SKVE Saujana Putra.

tak perasan pun berapa ringgit, main potong je kat smart tag tu.

construction sana sini di BSP, kawasan baru nak naik.

ok la, da ade rumah kedai yang boleh la dikata banyak. ada speedmart juga.

rumah saya!!!! kecil je. tapi saya tak kesah, janji ade tempat untuk berteduh dari panas dan hujan. tempat untuk berehat. alhamdulillah...

lagi satu gambar rumah. excited ni..

TOL keluar masuk BSP.


memang lah agak jauh dari tempat kerja. bukan agak lagi dah, tapi memang jauh. tak kesahlah, nak beli dalam KL memang tak mampu. yang ini pun ok lah, janji ade tempat berteduh. alhamdulillah. tak sabar da nak tunggu rumah siap. nak buat kitchen cabinet. nak beli perabut. yang paling penting, nak rasa duduk rumah sendiri.
 
;