tinggal tiga hari lagi sebelum fajar 2013 mengambil tempat.. rasa sayu, sedih, terkilan pun ada..
SEBAB??
sebab tak de percapaian yang membanggakan pun tahun ni.. selama sepuluh bulan lebih hari-hari aktiviti ku cume pergi kerja, bali kerja, makan, minum, tidur.. esok buat benda sama lagi...
rumah BSP tak siap lagi.. kalu rumah dah siap, kan ke best.. boleh juga mengemas, menghias, menyusun dan mengatur, walaupun bajet nan hadoo.. heheee.. tak pela, buleh je kan buat setakat yang mampu..
tahun ni banyak balik kampung.. kiranya tahun bersama keluarga ler kot.. travel langsung takde tahun ni.. takpe la, mungkin aku dah patut list out je travel tu, bukan banyak duit lebih pun nak berfoya-foya macam orang lain.. tak kesah la, buat yang perlu dulu.. dah lenang esok-esok boleh ler kembali mengatur langkah ke negara orang.. negara sendiri pun aku takde melawat tahun ni..
2012 mengenalkan aku dengan mereka dari dunia yang berbeza dengan aku.. aku kena ganti orang untuk kelas tambahan asrama.. fuyoooo!!! azabnyaaaaa.. dua jam 8.00 - 10.00 pm, sengsara hidup aku.. patutlah ramai yang suka dengan kelas malam, bayaran mahal.. datang kul 8.15pm tapi belum cecah 9.35 pm alih-alih kereta suami dah sampai nak jemput balik.. aku pun nak kalu camgitu.. nak ke??! ehhhh takmo takmo... tak guna amik tanggungjawab kalau ak mampu nak laksanakan.. ade yang teraba dalam baju ler.. ade yang intai kat tepi tingkap.. ada yang tercegat berdiri depan pintu.. ada yang pusat kat perut pun dah kelihatan, terselak abih da baju, yang cikgu nya mengajar kat depan.. hayoooo!!! stress aku..
tahun ni tahun penyesalan untuk aku.. orang cakap tak guna menyesal.. tapi bagi aku tak salah pun menyesal dengan ape kita da tersalah buat.. itu maknanya kita sedar kita dah buat kesilapan.. jadinya kita akan usaha untuk tidak ulang kesilapan yang sama.. beri peluang kedua untuk diri sendiri, lebih senang dari minta peluang kedua dari orang lain.. atau boleh kita kata lagi bagus dari langsung tidak menghargai peluang... aminnnn...
insya Allah, selepas ini peluang takkan ku beri lagi pada mereka yang daang hanya untuk menyakitkan hati aku.. datang menabur janji semanis gula, hakikat dibelakang aku wowwwww perghhh terbaik dari ladang sikapnya.. betul la kata orang 'Allah tak beri kita apa yang kita nak, tapi Allah beri kita apa yang kita perlukan...' bersyukur dengan anugerah Tuhan yang sentiasa bersama kita..
usah diingat semua yang da lepas, biarkan 2012 menenggelamkan semua itu bersama terbenamnya mentari 31/12/12.. biarkan semua itu pergi.. pandang ke depan, hadapi hari esok dengan penuh keyakinan.. insya Allah...

