Tuesday, July 30, 2013

azam is calling..

hello....
helllllooooo...!
suma balik bile?
5hb
ho, tu jah nok tanyo..
oooo aloh.

abih.... anak buah aku ni,



muka sedih, sebab aku dah nak balik kl masa ni..heheeehe



Sunday, July 28, 2013

soping raya!!!!

wowwweeee dah nak raya.. iaitu dah nak balik kampung..

soping raya? 

mak, kakak aku belikan. tapi ingat nak belikan dia selipar raya la.
untuk ayah, sudah selesai.. baju melayu selai, kain pelikat 2 lai, baju kemeja, slack dan selipar raya..
azam : seluar  dan kemeja.
pendy : seluar + tshirt stylo
mok jea : blouse
shikin : bju kurung batik + kebaya (beli tahun lepas)
adik : kain pelikat
ninie n ika : baju kurung sorang satu

biskut raya pun dah siap. kek lapis juga. kerepek dapat isnin esok. 

hurmn, sekarang tunggu nak balik kampung je. balik seminggu lebih sikit kot. lame aku cuti. naik lepas raya nak setelkan duit rumah. bila lah kunci BSP nak dapat....?
Monday, July 22, 2013

cerita nan sakit

sakit.. tak sehat..

demam..
pening.. 
muntah..

tak tau kenapa, tetiba je dapat sakit di bulan posa ni. 

hari pertama sakit, ahad.. klinik banyak yang tutup. malas nak pikir, aku beli je panadol kat pasar mini bawah. 4 biji = RM 1.60. dek sakit melanda abih semua ubat tu aku makan. siap bangun sahur, makan nasi dan ikan goreng beserta kicap, pastu bancuh milo panas, aku telan 2 biji panadol.

hari kedua.. MC. tak pegi kerja. bila sakit dihari kerja, bersabar lah mencari klinik. kalu ahad gagah lagi panadol je. ini, isnin terpaksa lah klinik juga, mc kene amik.

8.40 am kot, aku sampai idzham setiawangsa. wowwwweeeee.....!!!! penuhhhh manusia. tanya staff klinik, berapa orang lagi? ada lah 20 lebih. adussss.. takleh jadinya..

nak tak nak keluar jela balik klinik. drive pegi pakatan medik. aku sampai 8.55 am, staff tengah lap pintu cermin. 'doctor tak masuk lagi, paling lambat dia sampai pukul 10..' 'boleh tunggu kat dalam?' 'tak boleh, tengah buat cleaning' tengok kat pintu, tulis buka 9am. ape cerita ni, 65minit lagi ni.. hurmnnnn.. macam ni la doctor, bila saya perlukan doctor. tau la saya tak belajar medic dulu. taulah saya datang klinik ni bukan nak ubat sangat, tapi nak amik mc je yang lebih.. sampai hati doctor...
klinik ni bagus, doctor dia consult kita memang tip top.. takde cek cincai-cincai bagai, walaupun klinik swasta.

takkan nak tunggu tercongok. patah balik pergi klinik famili setiawangsa, depan padang tu je, area sekinchan. alhamdulillah, orang tak ramai..

tapi.....!!!!!!

> dah berapa kali berak-berak hari ni?

terkejut aku dengan soalan doc dia..

> saya tak cirit doctor, saya pening..

entah laaaaa.. 

> tak demam ni.. suhu normal.. BP pun ok.. muka pun tak pucat..
> kenapa jadi pening ye doc?
> tak cukup air..
> macam mana nak hilangkan pening? yang bila kita tunduk, terus pusing-pusing (agak bodi soalan aku disitu)
> minum banyak air.. lagi makan makanan kaya mineral dan vitamin.

dalam hati aku, ape contoh makanan kaya mineral vitamin ni, aku tak tau, bagi lah contoh doctor oiii.. segan nak taye, kang dia jawab ntah pape lagi..

abih kat situ jela.. satni buka pose, nak makan ubat.. huhhhh dia bagi aku 2 papan panadol, iaitu bersamaan RM6.40 kalu beli kat kedai bawah. makan jela, tak usah banyak komplen...!!!

disebabkan sakit, nak cepat sehat aku makan besor buka pose hari ni.muahahaha... besarrrrr yang sangat, tak sangka perut aku cmgini..


dah macam orang kebulur da lauk aku.. ikan goreng, ikan faveret aku tu. ikan ni lagi sedap dari che bawal yang mahai kemain tu.. 

sotong goreng kunyit, 2 ekor je pun.. 

gulai udang, 6 ekor je aku masak, 3 utk buka 3 lagi untuk sahur nanti.. 

sayur taugeh campur sawi digoreng bersama-sama..

air oren peel fresh, tuang saja dari kotak nya..

dan pastinya nasi putih... 

selamat berpuasa saudara saudari..

Thursday, July 18, 2013

korang senang lah.. aku ni susah tau tak..

tajuk emosi kan?

yelah... asal masuk bulan puasa, dah terpikir-pikir cara nak balik kampung. sebab da lambat, tiket flight da mahal. tiket bas? selalu aku dengar, setiap tahun sentiasa je abis.. 

nak tumpang kakak? alaaaa leceh la.. naik tebal dah muka aku, saban tahun tumpang kereta dorang. lagi satu, anak buah aku da besar-besar, kesian dorang nak kene berhimpit dengan aku. lagipun, bila umur meningkat rasa tak selesa dengan abang ipar, walaupun abg ipar tapi tetap bukan abang kandung batas-batas kena jaga. lagi satu, dulu tak kesah pasal aurat tapi sekarang dah makin tua takkan la asyik nak menambah dosa buka aurat depan ipar. pepaham la perjalanan 7-8 jam mesti tertanggal juga tudung.. 

ini yang buat aku geram dengan negeri sendiri. orang lain, perempuan pun senang je drive sensorang balik kampung. kenapa???? sebab ada highway, jalan raya yang elok dan selamat.. ini aku??? adoiiiii dah 14tahun dok KL, highway tak nampak-nampak batang hidung. geram tau tak.. 

orang lain balik kampung, takde nak pikir sgt pasal duit.  setakat minyak RM50 dan  duit tol. ini aku, bayar flight memahal. flight daaaa RM300. tak campur lagi untuk bagi mak ayah, tapi yang aku ni da 6 kali ganda orang lain..

Sunday, July 14, 2013

bersederhana sudah mencukupi..

tajuk kemain muslimah hoccay... teeheee.. 

takdelah, memang pun puasa kali ni aku agak bersederhana, makan tak pernah lagi lah kot membazir. apa itu membazar sampai membazir.. belum ku buat.

ada laaaa sebab nya..
1. sebab badan dah kalah tong besar.
2. memikirkan beban hutang rumah yang ku tanggung. mana lah makcik tak haru, july ni kot dia nak start potong gaji aku.. raya kottttt.... hukhukhuk...

makanan iftar gwa iaitu :-



air - bancuh sendiri, buat ais sendiri lagi..
sayur - menu wajib, harap-harap boleh kuruih. 
ikan goreng - siang sendiri, pastu letak garam letak kunyit. goreng garing, perghhhh sedappp..
kari daging - leftover semalam. beli kat bazar bawah ni. 

alhamdulillah, semua habis dimakan. takde membazir pape.. 

syukur Ya Allah diatas rezeki kurniaan Mu ini. 
Wednesday, July 10, 2013

nasib anak rantau

jauh merantau, mencari rezeki demi sesuap nasi. mengumpul harta, membantu ibu dan ayah. sendirian di perantauan susah senang, aku sendiri yang uruskan.

seawal umur 16 tahun, takde lagi dah puasa sebulan bersama keluarga untuk aku. puasa di kampung dengan mak ayah hanya di penghujung Ramadhan, dapatlah sehari dua. aku membesar, belajar susah payah hidup sendirian di rantau. sahur?? memang boleh dikira dengan jari. buka puasa, pandai-pandailah aku cari sesuap makanan. 16 yo dah belajar makan dalam tray. masa tu sedih memang sedih. tapi sekarang, alhamdulillah itu lah pelajaran paling besar untuk aku. kita di sini susah, orang Islam di negara lain tak terhingga susah mereka.

semalam, borak dengan kak zila. sebelum tu, dia keluar dengan mak dia..

'akak g mana dengan mak?' 
'g giant'
'giant?nape..?'
'mak akak ajak beli barang dapur.'
'oooo nak puasa da..'
'ha'a dia nk masak rendang untuk malam ni, tapi serai da abih..' 
'lauk sahur..?'
'ha'a..'
'hurmnn kite minum air kosong je kak'

bila tengok orang lain, sambut puasa beria lauk pauk mak masak. tapi tak untuk aku, cukup sekadar seteguk air kosong, janji pahala sahur. bila dengar, rasa macam nak menitik airmata. kekawan lain, balik je semua dah tersedia. senang kan? tapi tak bagi aku. melilau cari Pasar Ramadhan yang senang parking, yang tak ramai sangat orang. beli apa yang nampak menarik, nak memilih sangat aku pun tak reti. makan pun based on ape yang mata berkenan. 

bukan senang hidup sendirian di rantau. namun ini jalan yang aku kena pilih.redha.. janji aku tak menyusahkan mak ayah. walaupun gaji tak seberapa, yang penting setiap hujung bulan aku tak lupa duit belanja mak ayah. susah senang, ini lah hidup aku... :))))

ayam - RM6

sayur goreng - RM2. nasi, masak lerrr..
Tuesday, July 2, 2013

3H2M di Taman Negara Kuala Tahan

28 Jun
gerak dari KL pukul 11.30 pagi dengan bas.. sampai Kuala Tahan dalam 4pm camtu. check in, mandi.. malam tu ada Jungle Night Walk.. 

dari chalet, kami naik bot ke belah hutan Taman Negara. botnya tak sampai pun seminit. berkumpul di mutiara, sementara tunggu untuk selesaikan permit. kemudian masuk untuk menonton video. sebelum sempat nonton video, kami ditontonkan dengan sesuatu....!!!!








iaitu








mr. tapir... tahan tak salah nama dia.

meredah hutan lah aku malam tu. jumpa macam-macam hidupan liar. paling best, nampak rusa. serangga macam-macam jenis lah nampak. paling best, bila tour guide minta kami semua padamkan torch light, gelappppppp gulita, dengar bunyi macam-macam. gelap sangat, aku pandang atas tengok bintang. cantiknya langit malam. best ke? heeeee takotttttttt..l







peluh menitik-nitik.. balik malam, mandi, tidur.. 

29 Jun
wow....!!! satu hari ni penuh aktiviti.

pagi.. 
1. naik canopy walk tertinggi di Asia Tenggara. tapi dapat naik sikit je, sebab under maintenance. itu pun, dah berdebar sakan aku. jari kene gigit lebah, nasib baik tak pape.




2. naik bukit teresek. fuhhhhh, mengigil kaki aku.. tinggi tu tak la, tapi penat.. bukit je pun, bukan gunung. heheeeee...



bukit teresek.. cantikkan?


canopy walk..

petang..
1. bot rapid shooting. fuhhhhh besttttt gile.. naik bot, pastu pakat2 lawan simbah air dengan bot lain. tour guide sedap je tahan air gune dayung sampan, melimpah-limpah air kene badan.. budak sekolah amik kesempatan, bot cikgu asyik kena simbah air je. 
2. melawat perkampungan orang asli - sayu tengok nasib orang asli. sangat primitif.. 





3. mandi sungai.. mestilah aku tak mandi, tengok je orang lain berendam..


malam..
aktiviti bebas. amik kesempatan beli survenior. kedai ade dua je, barang pun limited. dapat la keychain, fridge magnet dengan baju selai..

29 Jun
hari terakhir di sini..

sebelum balik KL kami dibawa ke Lubuk Simpon. dari chalet, amik bot.. sampai sana, jungle trekking ke Lubuk Simpon. mandi sungai lagi sekali. aku tak mandi pun.

gerak dari Kuala Tahan balik KL 2.30 pm. 8pm sampai.

 
;