bahan-bahan
spageti (direbus)
bawang putih + cili padi (blend atau tumbuk)
kiub ikan bilis
sotong dan udang (dibersihkan)
carrot (jika ada)
cendawan butang (jika ada)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis..
cara-cara
bawang putih dan cili padi ditumbuk atau diblend.. tumis sehingga naik bau..
masukkan udang dan sotong yanh telah dibersihkan.. masukkan kiub ikan bilis.. tambahkan garam jugak..
setelah udang dan sotong masak, masukkan carrot yang dipotong dadu dan cendawan butang jika mahu..
masukkan spageti.. kacau hingga sebati..
biarkan ia agak kering..
angkat dan hidangkan...


