seawal tahun 2000, aku mula melangkah ke alam pekerjaan.. waktu itu, terkapai-kapai seorang diri dalam kalangan mereka yang sebaya dengan makcik pakcik dan abang kakak ku..
kawan-kawan tiada seorang bekerja disini.. terkontang-kanting seorang diri.. tempat kerja tiada yang sebayaku.. semuanya dah beranak pinak.. yang bawah 30an tak sampai 2 jari tangan.. yang ramainya 30tahun ke atas.. 40 tahun pun ade..
susahnya hendak bercampur dan memahami kehendak serta dunia cikgu hanya Tuhan yang tahu..
dikala masih buta tentang sifat dan sikap orang-orang disini, aku dijadikan kuli tanpa ku sedari.. 'nanti tolong punchkan kad akak ye' aku yang tak tau apa-apa ikuti aje ape disuruh.. atas dasar kawan.. kemudian, terdengarlah suara-suara sumbang 'hurmnn da jadi kuli da~' aku tak paham ape yang mereka maksudkan.. disini aku terpikir, apa fungsi mereka ini? kenapa tidak menegur dan memberitahu aku hal sepatutnya? apa salah 'tak boleh punch kad orang,salah' ataupun 'ko jangan jadi kuli dia tu,dia memang suka guna cikgu baru!' tapi tak de sorang pun menegur dan membimbing.. yang kedengaran hanya suara-suara sindiran.. malahan ade yang lebih bagus, langsung tak mahu bercakap dengan aku hanya kerana aku baik@berkawan dengan cikgu A ni..
tahun 2001 adalah tahun malangku.. bertindak atas ajaran para mereka yang lebih veteran..aku join je peel-peel mereka.. malang bagi ku seorang guru yang baru bekerja, kesilapan memilih kawan membuatkan satu sekolah membenci aku.. aku dikutuk, dihina, diumpat.. dan lagi bagus cikgu A ni sekali mengumpat dan menghina aku.. jatuh terduduk aku ketika itu.. walhal selama ini aku lah tempat dia meminta tolong.. kesemua pertolongan ku langsung takde nilai..umor baru setahun jagung, bekerja baru 2 tahun.. bala yang ku dapat..
akibatnya aku mula mengasingkan diri..aku mula jarang pergi kantin.. kadang-kadang beli bekal.. kadang balik sekolah pukul 2 baru aku makan..bercakap pun hanya dengan cikgu-cikgu yang rapat dengan aku sahaj.. tempat kerja seakan neraka untuk aku.. aku dihina oleh mereka yang bergelar pendidik.. aku dikutuk oleh mereka yang umo nya dua, tiga kali ganda umur aku..
aku bina balik keyakinan.. aku tau kebolehan aku, biarlah ape orang nak kata, tapi cume aku yang tau siapa aku.. pelahan-lahan aku naik kembali.. aku tak kesah kalu cikgu-cikgu langsung tak pandang aku, yang penting pengetua tau sapa aku yang sebenarnya dan tau kebolehan aku..
aku bukan ingin pujian.. aku cume mahu mereka buka mata, jangan lah sesuka hati menuduh, mengutuk dan mengata.. aku baru masuk dlm komuniti mereka, mana mungkin aku melakukan sesuatu yang salah jika takde pengaruh dari orang lama kat situ.. jangan sewenang-wenang menunding jari pada orang baru seperti aku. jangan salahkan aku sebaliknya cari punca kenapa orang baru boleh silap langkah.. aku tak salah, aku cuma tersilap..bimbing lah aku ke haluan yang sepatutnya.. bukan mengutuk dan menghina untuk menjatuhkan... beginilah sifat manusia bila da rasa hebat or lama bekerja.. tapi paling aku terkejut sebab benda ini berlaku dalam dunia pendidik.. inikah rupanya sifat yang ada dalam diri pendidik?? entahlah... aku masih mentah, terkejut melihat sifat dan sikap manusia yang bergelar pendidik...
astaghfirullahazim... memang aku tak sangka begini rupa sebenar dalam dunia cikgu... semoga mereka sedar suatu hari nanti.. amin~

