hidup aku tak selengkap orang lain. tidak pernah aku kesali atau salahkan sesiapa, kerana aku yakin semua ini ada hikmahnya. walaupun sukar hidup berseorangan namun satu yang aku perasan, aku dikelilingi orang-orang yang baik. walaupun orang yang baru aku kenal. tapi mereka adalah orang yang baik.
ingat lagi masa nak beli kereta. takde sorang pun nak datang layan aku. dan ada satu salesgirl yang terrr layan aku. itu pn aku taktau la dia terpakse ke ape. dan akhirnya semua urusan dia yang tolong, siap datang sekolah amik dokumen itu ini. masa nak beli rumah pun sama, salesman tu siap call follow up semua. ikutkan aku memang tak tau apa lah. masuk rumah pun berjalan sangat lancar.
dan yang terbaru bila aku repair rumah. masya Allah tak tau la nak cakap macam mana, kalau dah kontraktor sanggup bagi aku pakai duit dia dulu untuk bayar orang wiring n buat piping, tu apa maksud dia..??? baik kan.. terharu aku rasa. 'takpelah kak guna duit saya dulu pun takpe..' reason nya pasai aku kan memang spesies yang tak pegang cash. dengan dia xde masalah, semua transfer online je..
alhamdulillah, syukur aku dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik hati sebegini..

