Tuesday, December 27, 2016

dikelilingi orang yang baik-baik

doa.. doa itu senjata orang mukmin.. berdoa dan mintalah dengan Tuhan.

hidup aku tak selengkap orang lain. tidak pernah aku kesali atau salahkan sesiapa, kerana aku yakin semua ini ada hikmahnya. walaupun sukar hidup berseorangan namun satu yang aku perasan, aku dikelilingi orang-orang yang baik. walaupun orang yang baru aku kenal. tapi mereka adalah orang yang baik. 

ingat lagi masa nak beli kereta. takde sorang pun nak datang layan aku. dan ada satu salesgirl yang terrr layan aku. itu pn aku taktau la dia terpakse ke ape. dan akhirnya semua urusan dia yang tolong, siap datang sekolah amik dokumen itu ini. masa nak beli rumah pun sama, salesman tu siap call follow up semua. ikutkan aku memang tak tau apa lah. masuk rumah pun berjalan sangat lancar.
dan yang terbaru bila aku repair rumah. masya Allah tak tau la nak cakap macam mana, kalau dah kontraktor sanggup bagi aku pakai duit dia dulu untuk bayar orang wiring n buat piping, tu apa maksud dia..??? baik kan.. terharu aku rasa. 'takpelah kak guna duit saya dulu pun takpe..' reason nya pasai aku kan memang spesies yang tak pegang cash. dengan dia xde masalah, semua transfer online je.. 


alhamdulillah, syukur aku dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik hati sebegini..





Wednesday, December 21, 2016

keseronokan..

melihat mereka makan dengan penuh khusyuk, berebut2, aku nak, aku nak, aku nak belah kanan, aku nak kiri.. lagi seronok bila melihat anak buah yang paling payah bercakap pun dah pandai minta makanan itu ini.. secara tak langsung melalui makanan dia belajar utk bercakap, belajar untuk menyuarakan pendapat dan kehendak,dan juga belajar membuat keputusan apa dia suka dan tak suka..

itulah detik yang paling seronok.. berkongsi.. aku kongsikan apa yang aku ada dengan mereka. mereka adalah saudara terdekatku. 



tangan masih memegang pizza, mulut masih mengunyah sambil mata merenung makanan yang dipesan baru saja sampai ke meja.. 

dan melihat mereka saling bertukar menu yang dipesan.. 'nak rasa ko punya..' 'bangun la, tukar makan..' 




happy birthday 17 nephew..




project 2016

2016... duit lesap, susut sekelip mata entah ape aku buat.. 

untuk taknak membazir, maka dengan itu jom kite repair rumah..

Projek 1 : 
- Tukar pagar belakang..
- Simen backyard 
- Tukar pagar dawai hijau yg sikit kat depan rumah.. 
- Tukar cat tempat sampah..

Total damage : RM 3500

Project 2 :
- Cat dinding tengah rumah kat luar, dua-dua belah
- Simen tanah yang kat depan rumah sikit. 

Total damage : RM 1300


mahal ke murah ke aku pun tak tau la..


Project 3 : 
- Pasang awning belakang rumah
  Total damage : RM1800

- Cat bilik stor, dalam dan luar.

Total damage : KIV 

Project 4 : 
- Re-cat dinding rumah, tapi aku tak tau nak buat warna ape..

Total damage : KIV

yang kiv tu maknenya belum dibuat ler tu. tunggu duit gitu.. repair rumah sikit2 je, ongkosnya tak banyak. nak buat personal loan, macam bukan aku la plak.. takpela duk rumah ala kadar pun, janji kepala tak serabut hutang..

2017 nak fokus habiskan hutang kereta dan kredit kad..
Thursday, June 2, 2016

MyKad baru...

setelah dua tahun aku dok plan nak pi buat mykad baru, akhirnyeeeeeee


















hebat tak...??? hebatkannnn.. nak pergi JPN yang tak sampai 15minit tu pun aku amik masa 2 tahun..!!!! 


aku buat dekat JPN Putrajaya tu je.. cepat.. pantas.. nombor laju je jalan. 11.30 am dah boleh collect dah.




 
;