Tuesday, December 31, 2013

2013

dua jam saja lagi, bermula lah 2014.. kehidupan baru aku, tak tau lah macam mana pahit getir 2014.. aku cuma mampu berdoa semoga ada sinar kebahagiaan untuk aku.. semoga aku tabah mengharungi segalanya, yang aku tau tahun 2014 adalah tahun yang sangat mencabar untuk aku, menduga dan menguji aku tersangat..semoga Tuhan berikan aku kekuatan dan ketabahan..

masa aku taip ni,aku di kampung.. balik kampung sekejap sesudah siap semua kerja-kerja aku.. 


balik kampung tadi pagi.. macam biase, park kereta dekat LCCT. hurmnn berkepuk lagi la duit aku keluar bayar parking nanti. nak buat camne, aku malas nak amik tren dan bas. nak menyusahkan orang pun aku malas, jadi pepandai jela nk idop, nak balik jenguk makbapak..

aku harap sangat moga-moga tahun depan aku boleh elakkan diri dari menyebuk hal orang. cuti sebulan lebih ni, aku boleh je tak bercampur dengan cecikgu, langsung takde aku menyebuk pasal hak cecikgu. dah hampir dua bulan takde sesapa aku contact, harap-harap takde la orang datang nak mengumpat kat aku.. minta-minta berjaya lah aku buat benda ni..

'alaaaa cuti sekolah dekat 2 bulan, takdop pon cakap pasal dia ni, takleh ke kalu terus tak payah aku cakap pasal dia tu lagi?hahaha, malas lah nak campur hal orang lain..' harap2 dapat la aku jawab camgitu.. aminnnn~

Thursday, December 26, 2013

jalan-jalan cari lampu.

25/12
masalah gril sudah selesai. dah siap bayar deposit dekat shino, RM600.

masalah wiring pun selesai. long da tengok rumah, dia tengah siapkan drawing untuk wiring. macam-macam lah  suggestion dia, poin aircond la, door bell la.. aku buat yang perlu je dulu. duit belum jatuh maaaa.. kipas long tolong belikan. petang semalam sempat survey kipas kat jusco. mak aiiii mahainyeeee.. ingat nanti nak pegi sen-Q, usha rega barang-barang letrik lain sekali.

26/12..
kedai lampu...!!! beli tak lagi la,usha-usha pilih-pilih dan kira bajet.. 


kedai ni buka 10.30 am. tadi aku sampai 10.05 am. memula da ada rasa nak lari balik dah. tapi aku sabar kejap, usha kedai jati sebelah. tetibe terminat barang jati ler plak.. cantik cermin dia, tapi tak snap gambar ler plak.. pastu ade meja tepi RM1.. hahahaha kalu betul singgit, aku beli 10 hadiah kat orang lain skali. beli barang lain harga RM1800.00 baru boleh beli meja tu dengan rega singgit. normal price dia RM259 tak salah aku.

jom tengok ape aku jumpa hari ni..

ini untuk dining. memula aku aim yang bulat silver tu la.. balik rumah, rasa macam nak yang kaler hijau tu plak. sebab ruang dining tu kecik je, kalu ijao tu, just nice kate omputih. kalu yang bulat tu, macam perlukan ruang yang besar.

ini untuk tangga.. taktau la kalu aku berubah hati masa nak beli nanti.

perlu ke sebuah chandelier? dunno la.. nak yang kecik comel, tapi tak banyak.. semuanya agak sarat.. RM350, boleh kurang lagi, kata staff kedai tadi. tengok la cmne nanti.







Sunday, December 22, 2013

year end...

shopping time...!!!!






cam poyo je... ngehngehngeh... 

buku juga...!! yang ni banyak sangat ler.. nak patah tangan aku angkat... tapi ini beli dekat BBW je ler.. novels, buku masakan, buku interior, encyclopedia untuk azam, pastu bagi satu hadiah untuk anak kak yanie.. seronok...!!!

takde laaaa.. saat orang lain berseronok berjalan keliling dunia, aku bersengkang mata dok menanda kertas.. so, saje ler nak treat myself, reward myself my hardwork this year, hahaha.. letih kot 8 am - 5 am tetiap hari, semester satu banyak juga la aku kantoi tak abih sampai 5pm. tapi lepas puasa, dah mula rasa sedar pasal dosa pahala aku mula merubah diri sesikit. alhamdulillah, walaipun tak sepenuh nya cukup, tapi sedang ke arah itu.. 

dannnn, untuk itu aku hadiahkan ler diri sndiri semua itu.. tu tak termasuk lagi, iphone 5s, powerbank.. ape lagi? ada la satu dua barang kecik-kecik. alhamdulillah, semoga diberkati Allah..


Friday, December 20, 2013

Pesanan Untuk Diri

satu pembelajaran aku dapat hari ini..

andai kata kita jahat, jangan paksa orang melakukan kejahatan yang sama.. kalu kita tak mampu membantu orang berbuat baik, tak perlulah kita mengajar dia untuk berbuat kejahatan..

andai kata kita dah banyak dosa, tidak perlulah kita mengajak orang lain menambah dosa.. atau dengan kata lain, kalu kita taknak menambahkan pahala jangan kita ajak orang berbuat dosa. dosa kering terutamanya..

andai kata kita susah, jangan kita tarik orang masuk dalam kesusahan kita..kalu orang tak menyusahkan kita, kenapa kita nak susahkan orang.. semua orang nak senang, jadi tak perlulah membuat orang susah.

andai kata kita rindu, tidak perlu dipaksa orang lain untuk merindui kita.. rindu tapi redha lah...

andai kata kita sayang, jangan paksa orang sayangkan kita. biarlah sayang itu lahir dari hati yang suci murni. sayang ni subjektif, ada orang suka tunjuk, ada orang diam-diam je. tapi jangan dipaksa orang menyayangi kita, kelak sayang menjadi benci. 

andai kita banyak hutang, tidak perlulah kita meminjam duit orang lain sehingga tak berduit orang itu kita kerjakan.. kita berhutang sebab takde duit, orang lain takde duit sebab kita yang pakai duit dia.

andai kita banyak duit, tak perlu menunjuk sana sini.. itu bukan harta kita, itu hak Allah, harta orang sekeliling kita, kalu Allah nak tarik, bila-bila masa akan hilang.. bersyukur.. dan berserhana.. bersedekah.. ada ustaz tu cakap, kalu harta itu bukan hak kita, tapi kita tak gunakan ke jalan yang betul, harta itu akan ditarik balik. macam-macam cara untuk Tuhan tarik balik, ustaz tu bagi contoh - rumah masuk pencuri, kereta rosak, anak sakit dll. nauzubillah.

andai kita suka berjanji, kikis lah perbuatan ini. kerja janji ini perlu ditunaikan.. tambah lagi jika kita adalah orang yang selalu lupa dengan janji yang dibuat.. lepas satu, satu janji dibuat, tapi satu hapa pun tak tunai.. lagi teruk kalu janji tu dengan orang yang sama. janji orang ko tak ingat.. janji orang kat ko, pandai plak ko tuntut. haaaa kalu camni punya peel memang hebat... cukuplah janji sesensorang dalam hati..

Ya Allah Ya Tuhan, senangnya untuk aku kumpul calit dibahu kiri ku.. ampuni segala dosa ku Ya Tuhan. berikanlah aku keberkatan. jauhkanlah aku dari sekelian bala, peliharakan kesihatan ku ya Allah.. ya Tuhan jangan ditarik hidayat Mu setelah engkau kurniakan.. tabahkan hatiku dalam meniti hari-hari mendatang. jadikanlah aku manusia yang matang dan tabah.. aminnnn '((((
Friday, December 13, 2013

TQ ios7

assalamualaikum...

kenkadang, bila masa sebuk kita datang, letih juga nak melayan sms atau fon call. kekadang boleh je benda tu taye orang lain, tapiii nak juga tanya kite.. paling menyampah bila dicari waktu nak minta dia tengah susah, hayoooo.. memalam
buta dok sms nak mengumpat bagai, macam takleh hidup kalu tak mengumpat. letih wooo nak membazir kredit untuk melayan orang mengumpat. dan panas telinga nak mendengar orang mengumpat.. ade sesetengah manusia ni tak reti nak hormat privacy orang, nak sms/ call tak tengok dah jam pukul berapa, ikut sedap dia je.. pastu tak reply, merajuk.. erghhhhh...!! 

untuk itu,





sila senyum lebar sekarang...
ngehngehngehhhhh...


dah ada yang kena block dengan aku ler tu.. dah banyak dah nombor aku block, contoh...?? agen insurans, agen tepon, agen rumah, pengetua, sekolah, pk hem.. kuangkuangkuang... gila ape nak bagi sekolah call kita.. nak pengetua call? memang tak laaaa.. 

TQ iOS7.. ini jela yang aku suka dengan ios7.. yang lain, kureng suka.. sebab banyak function iPhone dah nak sama dengan samsung.. erghhh tak suke.. tak suke.. tak sukeeeee.. 




Wednesday, December 11, 2013

tazkirah ustazah shima..

assalamualaikum..

'kalau Tuhan dah taknak kita, Tuhan akan biarkan kita leka dengan dunia. Tuhan akan biarkan kita sebuk kumpul harta, sebuk memasak, sebuk itu ini sehingga kita sembahyang pun terkocoh-kocoh, nak cepat je.. solat jemaah pun tak sempat nak buat..'

nauzubillah...
takut bila aku dengar kata-kata kak shima tadi.. suara siap dia tinggikan, macam nak marah sangat.. taktaulah, tapi gusar rasa hati bila fikirkan ayat-ayat kak shima tadi.. mungkinkah aku salah seorang darinya? itu antara contoh dua keadaan yang dia sebut tadi. kalu difikirkan, mungkin ada juga benda-benda lain yang kite sebuk mengejar.. solat jemaah? tangga masjid pun da lama aku tak pijak. kali terakhir? iaitu masa bulan puasa, buat terawih.. itu pun berapa kali je aku pegi.. hinanya aku disisi Tuhan.. mungkinkah Tuhan da taknak aku? 

seburuk-buruk sifat orang yang selalu mengutuk mengata aku, dah dua kali dia mengerjakan umrah.. aku?? ada aje alasan untuk aku tak pergi umrah. sekarang lagi payah, muhrim.. dah takleh tumpang muhrim.. tapi satu je aku pegang dalam hati, payah macam mana pun, kalu Tuhan da kata aku akan pegi umrah, Tuhan akan permudahkan semuanya.. teruskan berdoa, minta semoga segalanya dipermudahkan.. kalau boleh, biarlah cita-aku iaitu aku nak buat umrah dulu sebelum aku meneruskan aktiviti travel ku yang dah lama aku bersara, dapat lah tercapai satu hari nanti. 

aku bukanlah manusia yang baik, banyak dosa aku dengan Tuhan, tapi aku tak mahu menjadi manusia yang terleka.. aku taknak Tuhan lupakan aku.. aminnnn..


Saturday, December 7, 2013

wordless saturday

 
;