Tuesday, October 29, 2013

jangan jadi macam saya..

jagalah kesihatan dari awal.. jangan sampai jadi macam saya.. sedih..

entahla, malam ni emo sikit.. sedih rase, nitik airmataku mengenang nasib diri yang sudah tidak normal lagi.. nak buat macam mana, hidup sensorang kat sini, makan ikut suka.. fast food, makan berlemak, berminyak, bergaram itu la favourite ku dulu..

now? tak lagi.. hidup penuh pantang larang.. makan pun da tak makan makanan luar. semua masak sendiri kat rumah. paling sedap sekarang aku beli, subway. itu jela.. 

hari-hari rebus dan bakar. tapi tu pn limited bukan semua boleh makan.. ikan je.. sedih kan..? 

tadi buka insta, tengok orang post gambar KFC.. sebelum ni, takde la sedih sangat.. bile tengok gambar kfc tadi, jatuh air mata aku.. sebulan da kot aku pantang ayam.. last aku makan ayam masa raya haji. sebelum tu da tak makan ayam da.. mcd?? hurmnn takde.. chicken wings..? hurmnn favourite aku dulu ni, takde lagi da.. bukan kate kepak ayam, tulang kepak ayam pun da lama aku tak tengok..

orang lain sebaya aku tak kena pun kolesterol camgini.. dorang menyusukan anak.. aku? anak ape, anak tekak ade la.. takpelah, kalu da ini suratan hidup aku, redha kan jela.. dugaan Tuhan untuk aku, sebab Tuhan tau aku mampu hadapi semua ni..

bihun sup resepi rekaan aku.. penuh sayur..

bekal g sekolah tadi..

dinner petang semalam..

salmon, hanyir sebab salah guna pes..
Tuesday, October 15, 2013

eidul-adha


Memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan.
Petanda berakhirnya musimHaji ke Makkah.

* info dari wiki

pagi raya dulu, 


pagi raya sekarang,


dengan tak mandi, takde dah kerja lain, main games jela semua... sebenarnya, anak buah aku semua ni main games dari pagi sampai malam. tak de rayanye pun dorang..

Monday, October 14, 2013

jangan takut...

saya ada masalah lack of self-confidence.. sangat bermasalah.. terlalu merendah diri. mungkin sebab kekurangan diri, almaklumlah takde raut wajah yang cantik, ketinggian pun kurang, kedebaban yang lebih, kerja pun tak semenarik orang lain.. bukan tak puas hati dengan kurniaan Tuhan tapi rasa rendah diri..

rasa rendah diri ni menyebabkan keyakinan diri jatuh merundum, tergolek-golek.. 

tapi tadi saya belajar sesuatu. iaitu tak kita di mana kita,kalau itu hak kita, pertahankan..

begini ceritanya..
hari ni mau balik kampung. balik raya. flight 9.25 am. amik tren dari setiawangsa, 6.30 am kot. ini kelakar sangat, saya berlariiiii panjat tangga. hahaha sebab, baru separuh tangga teen da sampai, takut lambat ku lari gagah berani.. sempatttt..

amik bas KL Sentral-LCCT. masa atas bas ni lah kejadian itu terjadi. berapa banyak jadi daaaaa.. lelaki depan saya jatuh kan seat sandar kerusi dia sampai saya langsung takleh nak gerak. waduhhh.. tengah saya teraba-raba saya cari tempat nak sandarkan kerusi saya terdengar satu suara 'encik, angkat kerusi sikit' rupanya pompuan sebelah tegur lelaki depan, rupanya dia pun tak selesa. perempuan itu lebih muda dari saya, of cos.. kurus dan kecik je, tapi dia berani. sedangkan saya? 

dari situ saya dapat, tak kira dimana kita, siapa pun yang kita kene berdepan, pertahankan hak kita, andainya kita betul.. pertahankan dengan cara berhemah maksud saya, tak de pun perempuan tu tinggikan suara ke ape, elok je dia cakap..

untuk diri saya, ada masa orang boleh tolong kita, tapi ada masa kita kene tolong diri kita sendiri. jangan takut untuk berkata benar/suara kan pendapat kalu kita dipihak yang benar.

 
;