Sunday, April 28, 2013

saya mahu kedamaian..

PRU.. 5 May 2013

lahir di kelantan.. membesar pun di sana. tapi meneruskan hidup di johor kemudian di KL. tiga negeri yang memang jauh berbeza, tapi ade keistimewaan yang perlu dikekalkan.

apa politik bagi pada saya? masa saya kecil, saya dapat rancangan makanan tambahan di sekolah. lepas tu ada rancangan susu kotak (kot nama dia). dermasiswa.. yang paling penting yang telah mencorak hidup saya adalah skim pinjamaan buku teks. tanpa skim ini, saya tak tau dimana saya sekarang.

POLITIK??? saya tak tau. yang saya tau, jiran sebelah rumah asyik buat hal dengan family kiteorang. ade je tak puas hati. tak abih2 nak jawatan jadi tok penghulu. masa BN menang, dia jadi penyokong pas. bila PAS menang, dia join BN plak. siap datang rumah, berkempen kat mak ayah saya.. yang tok penghulu kampung saya pula, tak abih2 kebas bantuan kerajaan untuk dia sendiri. skim subsidi baja dia kawal. bila musim banjir, seingat saya keluarga kami hanya pernah terima sekampit gula dengan setin sardin. bayangkan apa politik dah buat? manusia jadi rakus. tamak haloba. sanggup songlap hak orang ramai.

politik bukan dunia saya. yang saya inginkan adalah kedamaian.. Tuhan tolonglah satu padukan masyarakat malaysia.
 
;