esok hari terakhir pegi sekolah untuk tahun ni.. tak tau, nak kata gumbira takde lah gembira mana pun.. nak kata sedih, ape lah yang ade untuk aku kat situ.. kawan pun takde.. sorang diri terkontang-kanting..
alhamdulillah, selamat setahun aku bertugas.. pejam celik, akhirnya berjaya juga aku menghabiskan tugasan ku tahun 2012 ni..
tahun ni tak banyak drama.. aku sensorang tabah bawa diri di sini.. alhamdulillah, tak banyak kenangan pahit untuk aku.. walaupun yang manis takde la manis mana pun..
2012..
semangat aku kian pulih.. alhamdulillah, perlahan-lahan aku bertatih membina sebuah kehidupan disini..
Topaz IV ada setahun lagi untuk siap.. lega, sebab aku dah siapkan semua hujung tahun lepas, jadi tahun ni takde ape pun..
adik, da abih master.. dah mula bekerja pun.. alhamdulillah..
ayah mak cam biase.. sakit orang tua.. ayah masih dengan hobi dia, g klinik nak inject.. maybe balik kampung kali ni aku kene bawa balik ubat untuk ayah.. mak cam biase, membebel tak sudah.. pilih kasih sentiasa ade.. akleh nak buat ape dah mak aku..
tahun ni aku banyak bersedekah untuk family.. alhamdulillah.. ade rezeki lebih sikit..
hidup aku masih lagi sebatang kara.. entahlah, aku redha dan pasrah kalu ini ujian untuk aku.. siapa aku nak menolak takdir..
kawan..
cam biase.. kawan aku bukan ramai pun.. cume alhamdulillah la, kawan aku adalah mereka-mereka yang berhati mulia, mengambil berat, senang nak minta tolong.. paling penting sangat memahami.. cume itu lah, kawan aku semua jejauh.. kat tempat kerja,aku takde kawan rapat.. takpela, lagi pun aku xmo kawan yang hipokrit.. kerana si hipokrit la yang ramai kat tempat kerja aku..
alhamdulillah, aku bahagia dengan ape yang aku ade.. terima kasih..

