Sunday, May 6, 2012

5S

jumaat lepas, aku bawa budak pegi library sekolah.. library sedang buat 5S ni.. ntah ape benda 5S ni, aku pun tak berapa nak ingat sangat..

yang confirm 100% adalah 5S ni cara/sistem masyarakat jepun mengemas dan menyusun atur perabot, kelengkapan dan fail-fail dinegara mereka..

dari satu sudut baguslah, sebab kami diberi peluang untuk menceriakan sekolah kami.. selama ni,minta cat/barang tak pernah dapat, disebabkan 5S berjaya juga aku cat barang-barang kat makmal..

dari sudut lain plak,
bodoh sangatkah kita ni sampaikan nak mengemas pun tak reti sampai terpaksa belajar dari negara orang?? rasenya kita semua ade subjek kemahiran hidup dulu..
pemalas sangatkah masyarakat mesia ni??sampai nak mengemas barang pun perlu diajar..

aku pandang kiri...pandang kanan.. pandang atas.. pandang bawah.. banyak dah library ni buat 5S.. aku pandang depan (atas meja) aku nampak chop nombor.. yup, semua benda kene dilabelkan dengan nombor. aku ambil kotak chop tu, aku buka.. cantik sangat.. dibuat daripada kayu.. aku tengok ada tulis 'made in japan'.chop ni kene ade stamp pad baru lengkap set dia., kalu tak, chop bodoh2 jela, xde ink.. aku pusing kan bekas stamp pad tu 'made in japan..'

aku tengok atas lantai, ada selotape kuning bertampal.. buat parking.. iaitu untuk tanda kedudukan/tempat perabot atau peralatan.. atas meja pun ada.. plastik selotape dah dibuang, tak boleh aku nak tengok made in mane plak cik selotape ni..

aku pusing ke kanan, dua pelajar sedang menaip label.. jup lagi kene print.. pastu anta ke makcik library, dia akan g laminate kat opis.. aku tak de la plak g belek komputer tu made in mane..cartridge pun, xdela aku kuarkan tengok..plastik laminate tu pun, takde lah aku g usha tengok import dari negara mana.. tak kuasa aku...

bukan aku menentang 5S.. terpulanglah diri masing-masing.. tepuk dada tanya selera.. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...

ayuhhh bangsa ku!!! bangkit lah!!! tengok la dengan mata hati apekah erti kemerdekaan yang kita kecapi dan bangga-banggakan selama ni..
 
;