JUMAAT..
kalu dulu, ini lah hari ditunggu-tunggu... biasanya satu kelas je diawal pagi.. 12.30 tengahari, hantar buku rekod kemudian terus pecut kereta kuar sekolah..
sekarang, jumaat bukan lagi hari yanh ditunggu.. lima masa mengajar, ada tiga kelas berlainan.. gap 30 minit dan sejam.. semput!!! gap itu lah ke hulu ke hilir menyiapkan kerja-kerja yang dateline nya minggu ini.. sangat-sangat memenatkan..
lagi satu,kalu dulu jumaat da boleh dijadikan weekend juga la kot.. bersambung sabtu dan ahad.. isnin walaupun kerja tapi selalunya satu kelas diawal pagi.. tapi sekarang tidak lagi, isnin masa ku dari pukul 9.30 hingga 12.15.. kalu tak bagi budak pegi PJK sebab xmo dorang lambat utk kelas sains, maka aku terpaksa merajinkan diri untuk mengajar dari 8.05am -12.15pm.. bermakne dari pukul lapan la aku membebel potpetpotpet, berdiri,bjalan kelilinh tengok kerja budak.. dan dari kul 8 - 12.15 perut hanya boleh dialas dengan air kosong.. ini kah yang dikatakan kerja cikgu tu senang?? mudah?? tak banyak kerja tapi banyak rehat??
dan esoknya selasa kene plak tujuh masa.. yang paling best kelas terakhir pada pukul 2.15 hingga 3.45 petang..
students, makin lama makin menyakitkan hati.. susah nak diterangkan peel budak-budak sekarang. tapi senang cakap budak-budak sekarang dah makin lupa tentang adab sopan dan moral.. rimas!!!!! tambah merimaskan bila tingkatan empat dah nak memelikkan peel masing-masing.. kecikkkk je aku tengok budak tu,ringan je nak angkat tangan lempang.. makin lama bekerja makin cepat darah naik..sebabnya beza budaya remaja makin lama makin merosot.. nak salahkan cikgu ke? masalahnya aku baru jumpa budak-budak ni dua bulan, tapi mereka datang ke sini dengan 'peel' mereka.. nak salahkan sekolah lama? mereka dekat sekolah lama hanya tiga tahun walhal umur mereka 16 tahun.. bermakna hanya tiga tahun cikgu sekolah lama mendidik mereka.. then, dimanakah pusat asuhan dan pembentukan sahsiah sebenarnya? sekolah atau rumah?? senangnya tak payah la salahkan sesapa, budak-budak tu da akhil baligh, da boleh pikir baik buruk.. didik jela diri sendiri..
kini hujung minggu ku gune untuk tido semata.. kalu hari keje, nak kuar makan pun aku kejap nak,kejap tak nak.. bukan ape,pikir penat dan tak cukup rehat.. sebab esoknya nak melayan budak-budak sekolah yang tebal semangat vokasionalnya..
tensen juga rasa.. tapi aku xmo tensen,jadinya aku kekal je perangai biase.. bile ade kelas masa akhir, automatik aku akan balik ikut masa.. kalu yang takde kelas akhir tu kadang-kadang ku ambil juga peluang cabut awal.. sebab malas nak duduk lama-lama pastu mulut ku tak henti-henti membebel... spy yg bertauliah tu masih tetap nk mnyepai aku.. tapi aku malas nak layan.. ikut suka dia la,nak spy ke ape.. heheheee

