baru kini saya sedar erti kesabaran.. selama 6hari di tahun baru, saya kagum dengan kuasa Tuhan..
hidup tak selalunye di atas, kadang-kadang malang menimpa.. penghujung sesi tahun lepas, si A taye saya tahun depan f4 nak kelas mana? saya dalam hati nak amik kelas M sebab budaknya agak ok..tapi sekali fikir tahun 2011 pun saya dah ambil kelas M, takmo la pentingkan diri sangat saya pun cakap la 'saya amik kelas P la'
bila sesi baru nak bermula kami semua akan dibekalkan dengan jadual kelas masing-masing.. bila tengok, terkejut rasa "aikkk xde pun kelas P, masih dapat lagi kelas kemahiran.." sebak rasa hati.. bila cek balik, kelas P yang patut saya dapat diberi kepada orang lain iaitu kawan rapat A.. memula terasa juga panas di hati, nak juga dapatkan balik kelas P, tapi bila fikir-fikir ini semuakan "kunfayakun" kalu Tuhan tak izinkan ini berlaku, pasti saya dapat kelas P, mungkin ade yang lain Tuhan sediakan untuk saya.. lalu saya terima saja lah ape yang tersurat di jadual tersebut...
memang besar kuasa Tuhan.. rabu hari tu si S dapat transfer.. saya langsung tak terlintas nak ambil kelas dia ke apa, malas nak campur biarlah orang besar-besar yang ambil tau.. alih-alih sekarang saya kene amik kelas M, dan kelas kemahiran saya diberi kat orang lain.. :') Ya Allah, seronok sangat saya rasa, alhamdulillah, terima kasih Allah diatas nikmat Mu ini..
kini saya sedar, apa pun yang berlaku semuanya dengan izin Allah, takde sapa nak yang buruk.. jadinya, sentiasalah bersangka baik, terima segala ujian dengan hati yang sabar.. belajar meredhakan.. aminnnnn~

