Sunday, July 3, 2022

Prosuder Endoskopi

Hidup kita tak selamanya sehat, tiba masa kita akan sakit. Tak kesahlah sakit biasa-biasa atau luar biar.

Kali pertama aku ke hospital, menjalani sendiri endoskopi utk diri sendiri. Apa komen? Ringkas sahaja, rgoogle bukan Doktor tapi rujukan sahaja. Rujuk orang sekeliling, bukan tak boleh percaya tapi mereka bukan Doktor. Untuk mengubati kita, demi nilai sebuah kesihatan, pergi hospital biar doktor yang check dan rawat kita.

Appoinment 8pagi, 6.50am aku dah smpai hospital, Maklumlah hospital kerajaan, parking bukan senang. Pukul 9am baru staff Bilik Endoskopi panggil aku. Dia isikan borang, ambil details apa perlu. Lepas tu dia suruh aku tunggu kat luar. 

Aku pun tak perasan akhirnya pukul berapa aku dipanggil masuk ke Bilik Endoskopi tu. Masuk-masuk je Pakar semua dah ada. Staff dia bagi baju. Lepas tu dia suruh aku baring kat katil. Pakar tanya soalan macam-macam, aku jawab jela. 'Tak sakit, cuma tak selesa sikit la..' kata pakar. Kakak aku pun masuk sekali duduk sebelah budak praktikal. Masa tu juga nurse amik BP, pastu dia sepit satu alat kat jari aku. Alat ni memang pakai sepanjang prosedur ni. 

Lepas tu staff tu ikat kepala aku dengan satu kain kot. Dia spray ubat bius 'Telan' dia cakap. Aku telan jela. Lepas je aku telan, Dia masukkan satu alat plastik dalam mulut aku. 'Gigit' Lepas tu aku tengok doktor dah pegang la alat endoskopi tu. Tetibe dia 'Baca bismillah..'  uhhh takde signal takde apa, terus camera tu masuk mulut aku. Takde dia tanya dah kebas ke belum ke apa.. Tapi memang la dah kebas la, cuma aku taksempat nak bertenang. 'Bernafas ikut hidung' 'Jangan lawan, telan je..' 'Okay, dah masuk dah' 

Tak sakit tak apa. Cuma rase tak selesa sebab yela besi kan, kat tekak kita, mulut pun nganga je, wajib la tak selesa. Berapa minit prosedur tu aku pun tak pasti. Tak rasa pun masa benda tu bergerak dalam tekak semua. Cuma rasa masa dia kat dalam perut dan terkena dinding perut. Rasanya dia bukan saja-saja terkena tapi dia g check kat dinding perut kot. 

Bila nampak tangan doktor macam dah tarik keluar besi tu, aku tau la tu prosedur dah nak siap. Dah keluar je camera, nurse tu cakap 'keluarkan semua air liur kahak semua.. buang je' masa tu aku keluarkan jela semua.. Kalu tak keluarkan semua, mau lepas tu termuntah..

Selesai je, nurse tu suruh baring sebab dia takut pening je ape. kakak aku tanya 'pening?' 'tak' dah dia dengar aku kata tak pening, nurse tu pun suruh la aku bangun. Lepas ni kalu ada test pape lagi, kalu nk tenangkan diri kat katil tu, kita kena cakap pening.. 

Maka selesailah endoskopi aku. Alhamdulillah.. syukur Ya Allah, Kau perkenankan semua doa-doaku, akhirnya jumpa juga jalan utk sembuhkan penyakit aku. 



Thursday, December 7, 2017

KBR - BSP

5-6/12

kami disini..!!





sutra beach resort, setiu... 




Tuesday, December 5, 2017

jalan-jalan balik kampung

30/11 - 1/12

BSP - KTN
kami di sini..!!!




swiss garden kuantan.. jalan nak pergi macam susah sikit la.. sebab 1st aku masuk pahang. tapi yg bestnya kedai makan senang sangat.. check in 3pm, jadinya sempat la lunch dulu kedai depan hotel.. lepas tu bungkus goreng pisang dan keropok lekor bekal makan di hotel.. petang nye kuar dinner, kami makan di sara thai kitchen.. hurmnn bolehla, kedai pun agak kotor. makanan dia macam masam sangat semua nya..



kami order, 
3 nasi putih
kailan ikan masin
kerabu mangga
tomyam campur
padh padh ape entah
udang goreng tepung
orange juice
teh o ice
air kosong
total damage : RM51

esok paginye kami breakfast di kedai tepi2 hotel juga, makan nasi berlauk dan nasi dagang..

1-2/12

last persinggahan sebelum smpai kampung, adalah kembara resort setiu..
ini kami duduk chalet, sempitttt semput.. kotor tak terjaga. taktau la staff dia kemas macam mana.. paling sedih, booking guna agoda RM130, sampai2 masa check in alih2 staff dia kata dorang dapat aku book kat booking.com dan reganya rm140. sebab dah nak malam, bayar jelaaa.. 

ikut agoda ada breakfast. tapi pagi nya aku tengok ada la kt meja bekas makanan bertutup, pinggan susun elok.. aku buka, kosong je bekasnya. jug air pun belen air semalam, belum cuci.. takde rezeki nak breakfast kat situ.

kami check out 9am, terus balik kampung.. 





Tuesday, October 17, 2017

Travel solo

teheeee 

1st try.. tak cuba tak tau kan.. ini memang bebetul 1st solo trip aku. kita try local dulu, tak cuba tak tau.. 

semua ni sebenarnya tak sengaja pun. sebuk usha2 booking.com last2 sesaja book merlin hotel PD dan 1825 gallery hotel melaka..

Day 1 - 17 Oct
Merlin Hotel PD - bajet hotel saja RM90. orang sebelah buka paip pun boleh dengar.. suara orang orang bercakap tu memang confirm la boleh dengar.. cuma hotel ni strategik la, semua dekat. pantai walking distance je. mcd, pizza hut, dominos, starbuck, maybank dalam 2km. senang lah kiranya..




lepas check in, aku keluar nak cari makan.. sambil jejalan g pantai juga nak cari apa-apa yang boleh di beli..

aku singgah Pantai Cahaya Negeri..




tidor lah saya di sini untuk satu malam...

day 2 - 1825 Gallery Hotel, Melaka
8.30am dah checkout dari Merlin. jadinya sampai melaka agak awal la.. aku terus parking kereta, lepas tu jalan kaki pergi jonker street. dulu datang macam best, tapi sekarang dah kureng.





1.15 pm aku dah sampai hotel. check in 2pm. staff hotel friendly, sebab bilik dah siap kemas, dia bagi aku masuk awal.. 

owwww rezeki. freely upgrade to deluxe room. suka sangat..! 
dekat dengan jonker street, jalan kaki jela. parking hotel pun ada. cuma agak sempit. 
keluar ikut cafe, akan nampak sungai melaka. jalan ke kanan sikit ada satu tempat makan. aku tengok orang ramai makan sate, tapi aku tak makan pun. sebab penuh sangat.









maka tidur lah saya di sini untuk satu malam.. dan esok akan bergerak balik semula ke bsp..

mungkinkah akan ada solo trip ke-2???






Sunday, January 8, 2017

happy birthday niece

wink wink...

14th bday.. sebagai makcik yang sentiasa busy, maka aku lah makcik yang paling lambat celebrate bday dia ni..

dannnnnnn...!!!!



kami di sini..!!!!!





padi house, putrajaya uols...!!!


dan bday girl cakap 'nak order banyak-banyak sikit la..' 



bday cake for her.. macadamia cheesecake.. 



si bongsu takmo makan.. alasan dah makan banyak kat maulana pagi tadi..


tapau juga untuk yang tak dapat ikut...



suka deco dia. kedai pun tak ramai orang.. 

total damage today : RM 138..

kami order 4 main course, 2 side dishes, dan 4 drinks.. 

yang penting, sedap.. keluar kedai dengan penuh senyuman di wajah..


bukan senang nak cari tempat makan, kalau tempat dah biase pergi, alamatnye jenuh la aku nak tunggu dorang pilih makanan.. 'pergilah tempat lain pula..' 'dah bosan lah makan kat sini..' 'tak gaj la nak makan apa..' nasib baik lah cari-cari terjumpa Padi House.. Putrajaya pulak tu, lagilah aku suka, dekat kot.. 



Tuesday, December 27, 2016

dikelilingi orang yang baik-baik

doa.. doa itu senjata orang mukmin.. berdoa dan mintalah dengan Tuhan.

hidup aku tak selengkap orang lain. tidak pernah aku kesali atau salahkan sesiapa, kerana aku yakin semua ini ada hikmahnya. walaupun sukar hidup berseorangan namun satu yang aku perasan, aku dikelilingi orang-orang yang baik. walaupun orang yang baru aku kenal. tapi mereka adalah orang yang baik. 

ingat lagi masa nak beli kereta. takde sorang pun nak datang layan aku. dan ada satu salesgirl yang terrr layan aku. itu pn aku taktau la dia terpakse ke ape. dan akhirnya semua urusan dia yang tolong, siap datang sekolah amik dokumen itu ini. masa nak beli rumah pun sama, salesman tu siap call follow up semua. ikutkan aku memang tak tau apa lah. masuk rumah pun berjalan sangat lancar.
dan yang terbaru bila aku repair rumah. masya Allah tak tau la nak cakap macam mana, kalau dah kontraktor sanggup bagi aku pakai duit dia dulu untuk bayar orang wiring n buat piping, tu apa maksud dia..??? baik kan.. terharu aku rasa. 'takpelah kak guna duit saya dulu pun takpe..' reason nya pasai aku kan memang spesies yang tak pegang cash. dengan dia xde masalah, semua transfer online je.. 


alhamdulillah, syukur aku dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik hati sebegini..





Wednesday, December 21, 2016

keseronokan..

melihat mereka makan dengan penuh khusyuk, berebut2, aku nak, aku nak, aku nak belah kanan, aku nak kiri.. lagi seronok bila melihat anak buah yang paling payah bercakap pun dah pandai minta makanan itu ini.. secara tak langsung melalui makanan dia belajar utk bercakap, belajar untuk menyuarakan pendapat dan kehendak,dan juga belajar membuat keputusan apa dia suka dan tak suka..

itulah detik yang paling seronok.. berkongsi.. aku kongsikan apa yang aku ada dengan mereka. mereka adalah saudara terdekatku. 



tangan masih memegang pizza, mulut masih mengunyah sambil mata merenung makanan yang dipesan baru saja sampai ke meja.. 

dan melihat mereka saling bertukar menu yang dipesan.. 'nak rasa ko punya..' 'bangun la, tukar makan..' 




happy birthday 17 nephew..




 
;