harta.. siapa tak mau harta kan.. yang balik kampung sekali setahun pun nak. balik rumah tapi jadi tetamu je. anak jadi tetamu kepada mak ayah.. tapi bila pasal harta, jangan terkejut bila dia yang melebih-lebih..
lagi syok bila kita kata cara pembahagian yang dia buat tu adalah tak adil, dia tak setuju kononnya itu yang paling adil. bila kita bagi cadangan, dia yang cadangan kita tak adil. dia bagi hujah dia kenapa dan mengapa. jangan terkejut, pasal harta dia lupa malu.. pasal harta dia lupa takat mana baiknya hubungan dia dengan arwah, pasal harta dia sanggup salahkan arwah ayah kandung. kononnya arwah yang salah, bukan si anu bin anu. walhal si anu cuma ayah saudara. pasal harta dia butakan mata, butakan hati, butakan akal fikiran dari mencari kebenaran. walaupun bukti jelas di depan mata. besarnya kuasa harta. kerana harta walaupun diawalnya sudah bersetuju untuk bahagi samarata anak lelaki dan perempuan, tapi akhirnya dia berkata 'saya bahagi ikut faraid'
tapi, ingat satu iaitu KUASA TUHAN. Tuhan tak akan menganiaya umatnya. dan ingatlah hak kita akan tetap jadi hak kita. biar betapa hebat pun jawatan dia, namun tidak boleh menewaskan kuasa Tuhan. 'tak setuju hak saya buat, kata tak adil, kita ikut faraid, sistem Islam yang paling adil, dapat hak mana pun kena redha' dan kami cuma diam.
niat kami cuma satu, inginkan satu proses pembahagian yang senang, lancar dan cepat. semuanya untuk memudahkan arwah di sana. taknak ada perselisihan faham, taknak bergadoh, tak nak arwah susah di sana.
akhirnya proses bermula. aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar kami mendapat hak kami. dengan angkuhnya dia bercakap di depan pegawai pesaka 'kami semua bersetuju untuk pembahagian ikut faraid' hanya suara dia yang kedengaran, kami yang lain semua senyap.
pegawai pesaka tu bukan cecalang orang. satu persatu cerita dia tanya. soalannya memang tricky, tapi pasti dia ada tujuannya.
akhirnya sampai kepada proses pembahagian 'dalam semua geran ni, saya buat 7 nama, setuju..?' kami jawab setuju. dan tuan besar itu mula tidak setuju, minta pegawai pesaka letak satu geran satu nama. 'saya tak tau sapa nak geran mana..' 'takpe, kami serah pada tuan untuk bahagi yang mana pun'
'macam ni lah, sy bagi balik geran-geran, lepas duduk kat luar sekejap, bincang sapa nak hak mana, jangan lama sangat 10minit je'
dan tuan besar dah mula gelabah. dia dah taktau nak buat, dah pening. maka berbalik lah kita kepada cadangan asal kami. alhamdulillah, berkat kuasa Tuhan semuanya berjalan lancar. kalau tuan besar tak banyak peel 30 minit boleh selesai.
ingat satu, usah takut dengan perancangan manusia kerana perancang yang sebenar-benarnya ialah Allah swt.








- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact