Saturday, November 29, 2014

aku dan dalacin T

sejak pindah rumah dan sekolah, jerawat makin menjadi-jadi kat muka aku. hari-hari ada jerawat baru tumbuh. bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. bangun pagi, tengok cermin papppp ade jerawat baru. adoiiii.. sakit jiwa ku.

tak tau nak pakai pencuci ape dah. dari murah, ke yang mahal, ke murah balik. hasil dia entah la.. nak g facial balik, malas betul aku. dah la area sini aku tak familiar lagi. ntah mana aku nak cari salun facial pun aku tak tau. lagi satu ongkos. bukan murah semua tu.

minggu lepas aku beli cover spot dan face oil kat asterspring. macam jadi, tapi tak jadi. dulu elok je dengan kulit aku. nak guna dermalogica balik, poket da rabak. aku tak mampu da untuk semua itu. 

isnin hari tu, aku da naik malu tengok muka sendiri. balik duty; malam tu satu malam aku google cari solution untuk jerawat. ada yang cerita dia pegi Klinik Dr Ranjit. aku call nak buat appoinment, tapi takde orang jawab. google lagi. ada yang amik ubat kat klinik. tapi kalau stop makan, jerawat naik balik. hurmnnnn bukan solution yang bagus, maknanya ubat tu takleh merawat masalah jerawat aku.. baca lagi ade orang cerita pasal dalacin T. bila aku google pasal dalacin t, ramaiiii sangat blogger yang bermasalah jerawat macam aku, malah ada yang lagi teruk, tapi sekarang da elok sangat.. 

akhirnya, selasa pepagi aku pegi First Care Farmacy dekat Putra Heights. alhamdulillah dapat jua Dalacin T pertama aku.. harga RM37.00.. 


sebelum tu aku dah beli dua benda ni dekat guardian. 


ini semua aku dapat dari sumber dari blogger. dalam hati harap sangat moga masalah jerawat aku dapat selesai. aku bukan nak cantik. aku pun tau aku memang tak cantik. tapi kalu dah la tak cantik jerawat plak bertempek kat muka, orang tengok pun jijik. biar tak cantik, janji muka bersih. hati??? hahahaha hati aku tak tau la bersih ke tak.

alhamdulillah.. start selasa aku guna 3 benda ni.. hari ni dah sabtu, jerawat da kering. muka xde la kusam sangat. tak payah belanja mahal, total semua tu tak sampai RM70.. :)))))


 
;