Thursday, May 8, 2014

my father (1929 - 6 Mei 2014)


25 Mac - hari ni aku balik kampung.. sampai je rumah, aku tengok ayah baring atas lantai bilik. aku heran, sebab selalu ayah tido kat depan kalu siang.. ayah demam, taknak buka mata.. abang hantar ayah pegi HUSM.. akhirnya, buat kali pertama ayah tido di spital.. mak jaga ayah kat spital

26 Mac - tukar shift dengan, aku jaga ayah kat spital. sekejap je, malam mak datang ganti. doc datang cek ayah, bagitau nak amik air tulang belakang. 

27 Mac - mr. jusoh sign surat takmo bagi air tulang belakang. maka bermula la rawatan ayah sebagai pengidap tibi.

30 Mac - tak salah aku tarikh ni ayah dapat kuar wad da..

31 Mac - ayah warded balik. masa pagi abang bagitau ayah jadi balik macam 25hb. aku cakap anta je klinik kesihatan dulu,tengok dorang cakap ape.. ambulans anta ayah ke HUSM. kembali ke katil asal dia di spital hari tu, 25, 7S..

April 2014 - bermula la sejarah baru dalam hidup ayah.. sebulan di hospital. aku sempat balik 4 hari, jaga ayah di spital. masa ni, aku bawa ayah tukar wad. ayah turun tingkat 1. seronoknya kiteorang semua, sebab ayah makin pulih. bermula juga pelajaran baru dalam hidup kami. kami perlu belajar pakaikan ayah pampers, bagi ayah makan ikut wayar.. sebelum 6am dah kene bangun, mandikan ayah.. bukan mandi cmne pun, cume lap pakai kain lembab. tukar pampers. 

27 April - aku patutnya balik kampung jaga ayah malam ni. tapi 8am dapat call LPM ada interview isnin 8am.. parah juga tu, sebab aku isnin subuh baru smpai KL. dokumen interview tak siap lagi. aku cancel balik kampung.

2 Mei - abang msg bagitau mak demam, kakak sulung da nak masuk keja, takde sapa nak jaga ayah kat spital. aku balik kampung malam tu. hati aku dah was-was, dah start congak-congak itu ini. mendebarkan...!!! aku bawa balik baju kurung 2 lai, berjaga-jaga..

3 Mei - aku smpai spital, Ya Allaaaaahhhhh!!! ayah aku da teruk gile!!! dari satu penyakit, sekarang da tiga.. astaghfirullahazim.... kesian sangat tengok, makan memang dah tak lalu.. 

4 Mei
ayah da start berkahak yang sangat banyak.. dapat tau yang ade kuman lain attack paru-paru ayah. paling menyedihkan, aku panggil nurse minta sedut kahak ayah, boleh dia pass ke budak student yang masih terketar-ketar nak buat keje.. aku tak hina budak student, tapi tak sepatutnya berlaku kes cmgini untuk pesakit yang berusia 84 tahun macam ayah aku. dah la cmgitu peel, boleh dia pesan kat student tu sedut yang dalam mulut je.. adoiii.. m

5 Mei - aku dah start tanya doc dan nurse pasal nak bawa ayah kuar spital. susahnya alahai.. isnin pepagi abang sulung sampai, masa ni aku, mak dgn mak teh ade kat wad. 
misi bagi ayah makan, ayah tersedak, pastu datang plak misi lain, nak suntik kat punggung, dengan selamba dia tolak badan ayah, pastu abih semua kuar balik melimpah kena bantal dan mask oksigen ayah aku.. Ya Allah, nape lah layan ayah aku cmni sekali.. orang tua tu da uzur..

hari ni juga aku dapat jumpa dengan ketua doktor pakar. tanya dia pasal tahap kesihatan ayah, tanya pasal nak bawa balik rumah. 
ayah negatif tibi.
takleh bawa balik lagi sebab prosedur spital. 
blablabblabla..

kul 10 lebih cmgitu, ina smpai.. aku makan dengan makteh. ina taye bila nak bawa balik ayah. adussss, cmne nak jawab. aku naik balik wad, bincang, ina ckp kalu boleh nak balik hari ni juga. aku cari doc pakar yang jaga ayah. cakap kat dia, dia cakap dengan ina juga..
then, tak sampai 10 minit, misi bagi aku borang nak bawa balik dengan ape. kiteorang amik ambulans je,ayah selesa sikit.. 
lepas tu, aku dengan abang berpeluh-peluh cari mesin oksigen dan mesin sedut kahak. paru-paru ayah dah berair, pastu berkuman, kahak dia cepat sangat banyak.. pukul 3 lebih semua siap dibeli.. balik rumah cepat2, siapkan tempat ayah..
5pm lebih sikit, baru ayah sampai rumah.. lain sangat muka ayah bila sampai rumah. bengkak tangan dia terus kurang. tangan pun dah lembut. 

6 Mei
1am - ayah berkahak teruk. ina sedut kahak ayah.
4am - aku lupa ina sedut kahak ke tak, tapi mata air berair 


lepas 15minit


tepon abang yang rapat dengan ayah minta dia datang.. sebab masa ni ayah macam cari orang. kaki ayah sejuk beku. menakutkan..

abih tengok ayah, aku turun bawah bakar lampin, gloves, gauze yang ayah guna. bersihkan bekas sedut kahak dia skali. 

lepas semayang subuh, aku tido sekejap.. sekejap lepas tu ina nak g pasar, aku ikut skali.. beli makanan dan lauk untuk semayang hajat ayah malam nanti..

7 am - masuk kereta, cek hp ade msg shikin. bgtau ayah dah takde.. rushing balik. ayah da selamat pergi, dengan cukup tenang dan senang.

3 pm - jenazah ayah selamat dikebumikan..



Sunday, May 4, 2014

kampung lagi saya..

bila ada kecemasan kat kampung, adoiiii seksanyeeee..

minggu lepas,tulang rusuk bawah aku start sakit. seksanyeeee nak tarik nafas dan batuk. tido pun payah sebab takut tertekan ke ape..

patutnye 25/4 aku balik kampung, jaga ayah.. tapi sebab interview isnin tau last menet, terpakse cancel balik kampung dulu..

jumaat hari tu, pagi lagi aku dah minta nak g klinik. sampai klinik, dapat msg dari abang aku, ayah takde orang boleh jaga on sabtu.. waduhhhhh..!! pening.. nak tunggu jumpa doc, lagi 5 orang.. aku terus kluar, pagi hentian putra nak cari tiket bas. flight tak sempat sebab aku kene duty makan budak bola 6.44-7.45 pm.. nasib baik ada tiket...!!!! legaaa.. selesai satu masalah..

sampai kampung pagi semalam dekat 6 am.. kul 8 kot pegi tengok ayah, terkejuttttttt!!! ayah makin teruk.. teruk sangattttt...!!! 



aku berjaya buat ayah tido senget camgini lepas sebulan lebih.. dah lama dia terbaring kat katil spital..masa yang aku jaga dia sebelum ni, dia da ok sikit.. tangan dia da bengkok, sebab lama sangat kene ikat kat katil sepital.. kaki da sembab sebab asek kene cucuk.. 

aku tak tau nak cakap ape.. aku cume minta nak jadi apa-apa sekali pun biarlah kat rumah. dah minta nak bawa balik, tapi doc tak bagi lagi.. redha jela kami adik beradik..

doakan ayah saya.. 

 
;