Tuesday, March 18, 2014

trip to bali - day 3

awal pagi, 5am dah bangun. nak tengok sunrise. 



daripada gelap gulita kami tunggu.. akhirnye teranggg..!!!





kat mana matahari naik, aku pun tak tau. tau2 je da terang benderang.. balik villa, then kami tolong order breakfast untuk semua orang.. makan kat bilik je.




swimming, pastu makan.



10 am kot, kiteorang check out. hari ni kami lunch dekat masjid. ada sorang ni dia ahli usrah ape benda ntah, itu yang kami follow dia ke masjid tu. 



kemudiannya kami singgah di pasar badong denpasar. tapi aku duduk je dalam van, da takde mood nak berjalan..

6pm kot, kami sampai airport denpasar.. i'm coming home...!!!!!! tak sabar, nak mandi.. nak tido.. sejauh mana pun pergi, sebest mana pun villa, tapi rumah kecik tu dan toilet buruk itu tetap yang paling selesa..

kenangan pertama.. muntah..!! pening..!! sakit perut dalam flight.. masuk je aircraft perut aku terus memulas. kepala aku terus lain macam. stewardess bagi makanan, aku dah mula nak muntah. minta minyak cap kapak dari FA. belum sempat dia anta, aku da nak muntah, sebab pening bau makanan. buka paip nk kumur, nak tutup balik tak boleh. pusing sana sini, air makin laju.. haaaa sudahhhh dibuatnya banjir aircraft sebab aku, matilah.. banjir takpe lagi.. kalu -----?? adoiiii.. dapat minyak cap kapak, abih lah satu badan aku lumur.. satu kapal kot bau.. minta maaf lah ye..

sampai LCCT 1.15am camgitu.

kat sini, lagi satu pengalaman aku dapat.. beg berat. bawak painting lagi tu. hujannnn!!! memula ingat tak lebat. berenti kat 3 mesin autopay nak bayar parking, semua offline.. baju da basah ni.. kereta jauh lagi nak smpai.. aku berlari..!!! berlari smbil tolak troli nak g kereta. lencun baju aku.. 

baru nak gerak, tengok fon ade miss call yang sesama g bali. nape? call balik, dia minta aku anta dia g kereta dia.. huhahuhahu, lagi satu experience aku dpt di pagi-pagi buta ni. aku patut masuk SKVE, tapi bila dah anta dorang g parking, terlepas la exit masuk SKVE. akibatnya daripada perjalanan 30minit nak balik rumah, campur tolak dekat 3.30 pagi aku smpai rumah hari ni. hahahah siap menangis atas kereta. gile tak takut, drive tak tau hala tuju, kat luar plak gelap gulita.. kereta lain takde sangat, bayangkan la ape aku rase '(((( hanya harapkan waze semata-mata. dari highway, masuk jalan kampung sana sini, terlepas simpang la itu la ini la.. Ya Allah itu lah kali pertama aku rase takut yang amat.. masa tu bukan fikir ape, dibuatnya kereta problem apa-apa, memang mampus ler aku.. Alhamdulillah, semua selamat.. :)))) 4am aku tido.. 5am aku bangun. lepas subuh aku gerak g kerja.. hasilnya aku demam teruk sekarang.. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah semuanya selamat.. kami selamat pergi dan selamat balik.. 

last skali, nak letak gmbr villa kiteorang duduk untuk 3H2M























bali trip - day 2

hari ni, kami melawat temple ape dah nama dia, aku dah lupa. tapi agak jauh juga la dari seminyak.


tempat suci dorang la ni. penuh dengan orang mandi.. 18SX betui, selamba je pakat tukar baju tepi2 tu. hahaha.. 


dari sini, kami terus ke pantai.. cantik.. tapi panassss yang sangat.. 




sewa kerusi ni, 50k rupiah untuk 2 kerusi. sambil itu minum air kelapa 30k rupiah.. kate pun g pantai kene la minum air kelapa.. 

abih kat sini, kiteorang gerak pegi uluwatu, nak tengok kecak dance. memula tu semangat juga nak tengok, tapi tau2 je masuk kene bayar 20k rupiah, untuk tengok kecak dance 100k rupiah.. hurmnnn memang berdansa la aku.. akhirnye, aku cuma tengok view jela.. view yang sangatttt cantik.




abih kat sini, kiteorang dinner, dekat malioboro. makan nasi ayam lunak. iaitu ayam penyet. 


akhirnyeeee...!!! dapat jua yang ku nanti-nantikan.. 

tadaaaaa...!!!!










dapat lah t-shirt selai.. 

last skali persinggahan kami pada malam itu ialah krishna kembali.. 


beli doorgift kawin pesanan dari penaja.. dah abih soping, kami pulang ke villa.. esok da nak balik. 

ketua rombongan pun udah demam dan sakit kepala..















trip to bali

day 1 - 14 Mac
flight kiteorang pukul 2.30pm.. dalam pukul 12 camgitu aku dah sampai lcct. makan mehun goreng RM6.90, lepas tu terus solat.. jam 1.30 boarding..


alhamdulillah, kiteorang selamat sampai denpasar jam 5.30 pm.. view dari flight nampak cantik sangat laut.. 




dari airport terus kami ke jimbaran.. kami dah book van dari malaysia lagi. jadi, sampai je airport transport da sedia menunggu.. 


scenery petang cantik sangat.. langit biru.. cuma tak sempat nak tengok sunset.


cantiknye scenery dia... makan best sangat, semua seafood la.. 



sambil makan-makan, ade la show kebudayaan dorang sikit-sikit.. boleh la jamu mata.


total dinner malam tu, lebih sejuta rupiah.. sorang kena bayar dalam RM55 lebih kurang la..



makan jagung bakar juga.. sedappp.. 3,000 rupiah.

dari jimbaran, kami langsung singgah di krishna. tak tau la ini tempat termurah ke tak. tapi gedung ni seakan-akan mydin. semua ada.. barang-barang penjagaan badan, scrub, losen, semua ada dekat sini.. tshirt bali pun ada. painting pun ada.. keychain, fridge magnet, beg, selipar, kain batik, keropok-keropok, gelang dll.. 

abih di krishna kami terus ke villa.. kami tempah untuk lapan orang, 6 di villa dan 2 di bilik hotel. RM335 per person.





dilengkapkan dengan private pool juga.. lepas abih swimming malam tu, semua beristirehat.. zzzzzZZZ 



















 
;