minggu lepas dapat surat rumah, tapi tak go through elok-elok. sabtu lepas pukul 5 baru baca betui-betui. hambik ko, ade payment aku kena buat. pastu ade interest. paling best semua tu dah bayar baru aku boleh amik kunci rumah... hayoooooo 😢😢😢😢
ahad...
apalagi melawat kawasan lah. ada rumah yang tengah reno. ada dah naik banner nak disewakan. sedih...
isnin..
syukur alhamdulillah dapat cuti sebab jerebu. sebagai insan yang tak suka membuang masa, ecehhhh, pagi lagi aku dah call LBS. LBS cakap kena amik surat dari government. dengan hati yang dupdapdupdap aku call putrajaya. receptionist jawab cepat, pass line ke officer. hurmnnnn 6 minit aku tunggu dok nongnengnongneng past kringkringkring.. kredit dah la sikit.
ishhhh takleh jadi ni, pegi jela sana..
bersiap.. then terus pegi sana. wowwwwww jerebu. se jerebu otak dan hati ku.
sepanjang jalan pegi putrajaya, aku macam mamai. sebab asap putih sana sini..
sampai putrajaya, salah tempat parking ler plak. tak pasal terbang RM 1.50. setelah lebih 10minit menunggu akhirnya naik lah nombor ku..
encik putrajaya bagi contoh surat. dia cakap tiru ini pastu hantar.
balik kl, buat surat.. nak print.. hayooooo printer wat hal. tak kluar tulisan. hukhukhukhuk airmata darah saya. capai baju, pegi sekolah jela print.
lepas zuhur, dari sekolah aku gerak g putrajaya lagi sekali. jerebu mengiringi ku sepanjang jalan.
alhamdulillah selesai semuanya. minggu depan nak kena call putrajaya tanya pasal hal ni. moga-moga selesai.. aminnnnnnn









- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact