Sunday, October 28, 2012

demam raya kembali..

wahhh pengalaman baru balik raya tahun ni..

untuk pertama kalinya park keta kat lcct je.. sebab flight pukul 8 pagi.. bayangkan kalu flight camgitu pastu aku nak guna public transport, agak-agak pukul brapa aku nak bangun dan kuar rumah?

dah check sesiap, baru dari sentral-lcct start 3 pagi tak salah, lupa la plak..


untuk flight kul 8,
aku kene sampai 6.30am kat sana.. untuk sampai 6.30am aku kene amik bas kul 5.30am..
untuk sampai sentral 5.30am aku kene amik teksi dari umah 4.45am..
wowwwww!!!! hahahaha tak berani lah aku sensorang 4.45am, pastu drebar teksi tak tau lagi sapa, ntah melayu cina india bangla myanmar kah???

nak minta orang anta kan, kene parking keta kat sg merab la.. masalahnya aku balik sini petang raya.. sapa nak amik aku dari lcct g sg merab time tu??

malas nak pening-pening,lagi pun balik kampung setakat 3 hari 2 malam, parking jela kat lcct tu..

jalan senang je g sana.. lalu maju expressway je,tapi tol banyak sikit la.. 3 @ 4 tol kot, aku da lupa.. aku park kat zone C..

memula tu ade nampak parking Rm16 per day, bebetul sebelah Zone C.. tali sebab otak da pikir nak park Zone C, jadi Zone C juga la yang aku nampak.. jalan dari tempat parking masuk epot dalam 5 minit je pun.. parking pun banyak.. wat penat je aku kuar unah awal2.. setakat flight kul 8, kuar umah kul 5.30 memang sempat..

so, untuk percutian 3 hari 2 malam saya sempena raya haji, ia telah menelan RM98.50 utk bayaran parking. itu pun sebab masa aku nak bayar kat auto pay terdekat dengan keta staff dia tengak buka mesin.. dia suh aku bayar kat mesin sebelum kluar.. aku plak jakun, tak tau mana mesin tu, kesana kesini seminit, daaaaa rugi RM2.50..

2 Days 14 Hours and 3 Mins = RM98.50..

3 minit je aku rugi.. kalu tak mesti 96 je.. lagi satu, sebab flight aku delay 10 min..
Friday, October 12, 2012

Topaz IV

agak lama senyap pasal Topaz.. isnin i dapat surat dari LBS untuk pegi apply meter TNB dan SYABAS..

finally semalam i da siapkan semuanya..

takde ape sangat pun..cume sebab rumah tu kan nama i sensorang, so i kene bawak lagi satu copy relatives's ic.. rabu dah pegi amik copy ic ina.. lepas kelas semalam i terus g sri setia..

isi dua form je.. satu untuk TNB dan satu lagi untuk SYABAS.. belum buat payment pape.. taye staff dia semalam dalam RM400 for both..
Saturday, October 6, 2012

baiknya kakak aku...

'takde orang yang tak pernah buat kesilapan...' kata kakak aku tadi pagi... aku kagum, terharu, terkedu sangat...
Wednesday, October 3, 2012

dilema...

dilema seorang guru/pensyarah muda, gangguan dan perhatian dari pelajar lelaki..dalam kelas dia main tenung-tenung..minta nombor telepon,main missed calls la sms la.. ikut suka dia jeeee..lewat malam,pagi buta, da tak kira masa la.. langsung tak reti nak hormat orang.. 2,3 pagi pun nak call sms sume.. menyampah! bile serempak kat luar kelas bagi salam bagai nak rak hormat dia,sambil senyum meleret..bile guru/pensyarah marah boleh main merajuk2 ler plak konon..

orang tak tau, hakikatnya benda ni memang jadi.. naik menyampah melayan peel bebudak yang macam ni.. datang depan kelas,si cikgu ni tengah mengajar yang dorang boleh bagi salam pastu tersengih-sengih macam kerang busuk.. ada yang lagi bagus tunggu tepi tingkap sambil tengok cikgu mengajar.. astaghfirullahazim...

ini lah hakikat dunia hari ni.. budak2 susah nak hormat dengan guru-guru muda..yang dorang tau seboleh mungkin nak dapatkan perhatian dari cikgu-cikgu ini,ntah kenapa ntahla.. hakikatnya cikgu ni takde pun buat pape,tapi budak-budak ni tetap datang mengganggu.. bila mengadu kat cikgu yang lebih tua, dikatanya cikgu muda gak pandai kawal budak..memang la tak pandai depa baru je keja,nak dibanding dengan yang kerja dah berpuluh tahun,memang kalah la..

bila datang plak mak ayah 'anak saya cakap dia tanya soalan cikgu taknak jawab...' budak pun sama naik 'saya tanya soalan, pastu cikgu cubit..' kalu dengan senior?? memang takde lah nak cakap camtu..mak bapak dok ngadu anak itu ini,si anak menunduk kepala nak rapat lantai..

pendekata bila melibatkan cikgu muda,semua orang berani nak komplen.. mak ayah tunggu masa je nak minta no tepon, siang malam pagi petang la cikgu tu nak kene melayan call mak bapak.. bile tak jawab 'saya call cikgu,cikgu tak jawab...' siap boleh pergi bising kat opis lagi.. nak cikgu jaga anak dia 24jam..

bayangkan lah, cikgu muda tu baru je grad umur baru 22 tahun, nak kena berdepan dengan karenah anak murid yang miang tak sudah,karenah mak bapak yang kekonon anak mereka lah yang terpaling pandai di dunia..

ntah la..
Tuesday, October 2, 2012

azam bulan sepuloh saya..

saya nak tenangkan diri..
taknak masuk campur/amik tau hal-hal yang takde kaitan dengan saya..
saya dah malas nak pikir pasal dunia cikgu-cikgi..
saya biarlah dengan dunia saya..
hal-hal yang takde kaitan dengan saya, saya nak tolak tepi.. atau dengan kaitan lain, nak avoid mereka2 yang mendatangkan kemudaratan samada besar atau kecik,langsung atau tak langsung dengan saya..
biar mereka teruskan hidup mereka sebagaimana saya teruskan hidup saya..
tolong jangan kaco saya..
yang paling penting saya dah malas nak ade kaitan dengan cikgu-cikgi sekitar saya..biarlah saya tenang dengan cara saya...
sya nak berjimatkan duit,takkan sms atau buat2 call yang takperlu dengan cikgu-cikgi.. seboleh mungkin saya nal elak dari mereka-mereka yang mendatangkan kemudaratan terhadap saya..
Ya Allah Ya Tuhanku, aku tak mau bermusuh, tapi aku tak mau mereka yg memudaratkan ade dengan ku.. jauhknlah mereka dari ku jika mereka akan memudaratkan diri..dekatkanlah jika mereka baik untuk ku..

aminnnnn

stress aku..

bilik air rosak.. si osmet rosakkan paip,pastu dia bantai balik kampung.. elok-elok dia kuar gril umah, dia msg aku btau.. pastu owner umah msg aku taye,upenye si osmet cakap dengan owner dia nak repair..bila aku btau dia bantai balik kampung,owner boleh cakap dekat aku 'P la repair!!' hurmnn geramnye aku..

air kat umah sewa bengong..
osmet lagi sorang komplen kat owner.. si owner msg aku taye da ok ke belum air.. bile aku jwb, dia reply 'tolong duplicate kan kunci' kunci dia hilang.. bila aku cakap diakan nak repair toulet dalam bilik osmet,mesti masa dia datang osmet tu ade kat umah.. bila aku cakap cmtu dia macam angin,panjang lebar msg dia.. last aku reply 'ok' pastu ape dia msg,aku da malas nak amik port.. tujuan aku nak dia sedar,dia nak datang sebab si osmet yang komplen,napa plak aku yang kene g buat kunci untuk dia? malang nya dia tak paham..

aku la bodo sangat,sampai kena buli dengan owner.. repair paip nak suh aku setel, duplicate kunci nak suh aku! beruk betul la..

kelas tambahan..

khamis minggu lepas 8-10pm, kelas asrama... esok 3-4.30 kelas petang.. sabtu 8-10 kelas tambahan...

kalu korang cakap gomen xbuat keje lagi,aku tak tau la.. kalu korang nak berkira dengan bonus sebulan gaki yang kiteorang dapat,suka hati korang la.. walhal korang bonus 3-6 bulan gaji..

nak kelas tambahan kene sediakan bahan, cari jawapan, stapler keras.. walhal kelas pagi berjalan cam biase.. bukan senang,walaupun kerja kami senang..
 
;